Follow Dashboard
music here

ini bukan cerita dongeng
Sabtu, Mac 10, 2012 | 0 comments

lama sudah tak menulis entry nie.. hampir 2 bulan bukan?
maaf bukan aku mahu biarkan saja tapi waktu yang tidak mengizinkan aku untuk menulis entry ini. 
kehidupan aku di sana berbeza dengan kehidupan aku di sini. di sana aku terpaksa kurangkan bermain ni semua. bukan bermakna aku tidak hidup sosial. aku masih hidup dengan masyarakat tetapi sekarang berkurang. masa aku lebih kepada buku dan belajar. 

eh,apa kata kita lupakan sebentar cerita itu. 
mari cerita tentang kehidupan aku di kolej. 
teruja?? tak ada apa yang menarik pun tentang kehidupan aku disana. biasa saja. kerana separuh hati aku tertinggal di sini. 
siapa yang ambik bahagian medic tahu lah macam mana nak lalui kehidupan sebagai pelajar medic.tekanan yang dialami dan cabaran yang kena tempuh. tapi aku bersyukur kerana aku di kelilingi orang yang sangat baik dan penyayang. (wajib penyayang)

jujur kehidupan baru aku adalah yang pertama kali aku berpisah jauh dari keluarga dan kawan2 baik semua.. sukar? terlalu sukar bagi aku. tapi aku cuba muhasabah diri aku untuk sesuatu yang lebih baik. bila jauh dari keluarga banyak ajar aku tentang kesabaran.. homesick? memanglah.. kadang-kadang aku menangis sebab rindukan keluarga. tapi itu semua cabaran untuk aku.

i want to say thanks to all this people:

terima kasih pada mak,abah,adik-adik,mak tok dan semua keluarga sebab selalu sokong along waktu along jauh dari semua. terima kasih sebab selalu sokong along dari jauh.. sayang semua..

terima kasih sangat pada abang adib sebab selalu support adik waktu adik betul-betul perlukan semangat jiwa. terima kasih sebab ada waktu adik butuhkan sesorang untuk penuhkan jiwa adik dengan kata-kata semangat dan berpegang teguh pada Allah.

kedua
pada abang shah radzi ,abg syazwan, abg ikhwan,kak wanie, amy, ibu, dan fa yeh yang banyak tolong kita dari segi mental dan fizikal. selalu sokong kita  dari belakang.. walau ramai yang kata abg shah,abg wan dan fa yeh ue kekasih kita,tapi ada kita kisah sebab kita tau siapa kita kan. biarlah. mulut orang mana boleh tutup kan. bertuah sangat kita sebab kenal dengan kamu semua. bersyukur sangat kenal dengan orang yang baik-baik budinya. semoga Allah berkati hidup kamu semua.. sayang semua..
^_^

ketiga
kawan-kawan terbaik yang selalu sokong aku dalam apa jua yang aku buat. terima kasih sebab selalu ada waktu aku perlukan sokongan dan bila aku perlukan bahu untuk menangis. terima kasih sahabat untuk semua yang kalian lakukan untuk gembirakan hati aku yang gundah. terima kasih kerana sudi bersama aku ketika aku susah mahupun senang. 

maaf sebab aku dah lama tak update sebab aku punya mood nak menaip tak ada.
oh ya,.sebelum terlupa aku nak ucap terima kasih kepada beberapa orang yang nak tengok aku jatuh,aku tersungkur dan nak tengok aku gagal dalam hidup. terima kasih sebab sedarkan aku bahawa ini adalah permainan kehidupan yang sesiapa akan lalui. terima kasih sebab sedarkan bahawa tak sesiapa didunia ni yang akan suka dengan kejayaan orang lain melainkan keluarga sendiri dan sahabat. terima kasih sebab sedarkan aku bahawa bertapa perlunya aku untuk berusaha keras untuk belajar dan capai apa yang aku inginkan untuk buat mulut kau terbuka luas. itu janji aku. 

sekian dari aku. entry tanpa gambar ini mungkin membosankan tapi percayalah ia ikhlas dari hati aku sebab kerinduan aku pada kamu semua. 

tolong jangan rindu aku sebab aku akan rindu kalian berkali ganda. 
lepas ni hampir 3 bulan aku tak update entry dan minta maaf jika belog ini berhabuk dan bersarang. aku akan pastikan bulan 6 aku akan update belog seperti biasa kerana aku cuti ketika itu. doakan aku ya sayang.
aku sayang semua yang hadir dalam hidup aku walau hadir untuk seketika waktu sahaja.
^_^


Old things | New things