Follow Dashboard
music here

Kembali
Jumaat, Mei 16, 2014 | 0 comments

Lama menyepi..
Aku kembali dengan semangat yang baru.
InsyaAllah,aku kini menjadi manusia yang lebih kuat untuk hadapi dunia yang kadangkala kejam.
Moga aku mampu untuk terus kukuh dengan pendirian dalam mencari identiti diri ini.
Doakan aku.
Aku rindu blog jiwang ini.
Aku rindu mahu menulis tentang semua yang jadi dalam hidup aku.
Rindu nak menulis tentang manusia2 kesayangan aku.
Rindu nak cerita tentang masalah yang aku kena hadap kt sini.
Aku rindu semuanya.
Hampir setahun aku menjauh. Kini kembali.
^_^


Rindu izzara
Ahad, Julai 28, 2013 | 0 comments

Assalammualaikum..
Selamat pagi dan selamat berpuasa.
Rindunya nak menaip..dah lama tak menaip macam ni. Hilang tension sekejap.
Relax. Seminggu lagi nak balik dah sambut hari raya dan aku masih relax ni even barang raya aku tak beli sangat pon, err.. sebab elaun dah abis. Percaya tak! Percayalah weii.. stress den kabo.
Elaun 800 tu macam air bila keluar. Hutang banyak gila keluar. Tapi kena tabah lah kan. Redhalah.

Ok. Pasal duit aku masih boleh wat lek wat pis. Tapi pasal rindu izzara hanya Tuhan saja yang tahu. Rindu dia sangat-sangat. Balik ni nak peluk dia saja. Sudahlah pandai cakap sekarang. Caring gila sebab nak ada adik dah sekarang. Macam orang besar dah.

Ya Allah. Rindu sangat kat dia. Nak balik Muar sekarang jugak rasa.


Pulang
Jumaat, Jun 28, 2013 | 0 comments

Assalammualaikum.

Akhirnya,aku menjejakkan kaki ke pulau. Ahh..aku tak suka perasaan ni. Setiap kali balik,aku akan bergaduh dengan perasaan aku sendiri. Aku benci perasaan tu. Entah kenapa semalam aku menangis dalam bas sebab tak mahu balik. Keji tau perangai macam tu.

Aku perlu masa untuk kembalikan jiwa aku yang aku tinggalkan jauh.
Aku perlu masa untuk muhasabah jiwa dan kuatkan hati.
Moga saja aku mampu.

Mulalah kehidupan yang mencabar jiwa dipulau di.
Rutin harian. Ramadhan kali ni aku akan berpuasa dipulau. Untuk kesekian kalinya. Lagilah aku benci. Takkan kau merasa makanan kegemaran setiap kali berbuka yang mak kau masak. Sadis kan.

Malas mahu fikir. Yang penting perjuangan aku disini. Itu lebih penting. Doakan aku ya.

Sekian



Old things | New things