; Very Big Smile
VBS..
Very Big Smile.
Awak ingat lagi tentang ni? Perkara yang awak selalu pesan pada saya bila saya sedih. Bila saya sakit.
Awak kata kalau kita senyum..perkara negatif akan pergi jauh.
Saya dah lama tak nampak senyuman awak.
Saya tak dengar suara gembira awk.
Hilang sudah..
Macam mana saya semakin hilang awak.
Jauh., terasa jauh sangat.
Semoga saya dapat awak yg dulu.
; Pergi
Aku akan pergi jauh tanpa pernah kau tahu ke mana tujunya.
Jangan risau aku baik2 saja nanti.
Semoga bahagia awak.
; My Prince Frog
Ini nukilan buat awak...ya awak..
Kehadapan awak..
Mohd Ikhwan Bin Mohd Nasir.
Ini kali pertama orang tulis pasal awak dalam belog orang. Bangga tak? Hahaha.. sepatutnya berbangga ok. Bukan senang nak orang tulis pasal seseorang. Hahaha.
Pertama sekali orang nak cakap terima kasih sebab jadi "manusia kegemaran" orang dari orang Tingkatan 5 sampailah sekarang. Selama itu awak jadi manusia kegemaran orang. Ok. Itu rahsia sebenarnya.
Kedua, terima kasih sebab sentiasa ada waktu orang perlukan seseorang untuk dengar semua tentang apa yang ada dalam hati orang ni. Termasuklah sedih,gembira dan semuanya lah. Terima kasih sebab ada untuk itu.
Ketiga, orang nak cakap awak ni seorang abang yang terlalu melindungi dan sayangkan adiknya ni. Awak selalu pesan kalau ada orang buat tak baik pada orang tumbuk saja orang tu. Sebab orang ada muscle. Sebab orang selalu nak tumbuk awak kan. Bila saya mengadu pada awak saya tak sihat,awak selalu pesan kat saya minum air banyak2. Jangan main panas. Makan ubat. Pernah sekali awak marah orang sebab orang sakit gigi dan tak mahu makan ubat. Awak kata silalah bersakit sakitan. Awak tahu tak bila orang baca whatsapp awak tu,orang menangis sampai tertidur. Sudahlah sakit gigi,kena marah lagi. Sedih awak tau. Tak pernah kena marah dengan awak. Awak kata orang degil. Sebab tu awak kena berkeras sikit. Serius. Orang tak suka awak yang garang. Macam Monster tau tak. =="
Keempat, awak manusia yang sangat lembut hatinya. Kalah orang ni. Awak sayang kawan2 awak. Awak suka haiwan. Awak ada kucing yang gebu. Awak ada bela ikan yang orang nak ambik untuk goreng dan makan. Hahaha. Hati awak terlalu baik sampai kadangkala awak mengadu dengan orang hati awak disakiti. Awak tahukan yang orang yang baik macam awak akan ada ramai manusia yang dengki. Awak kena keraskan hati awak. Jangan lembut sangat dengan manusia2 sekeliling awak. Sebab orang tak mahu tengok awak sedih,menangis sebab nanti orang akan rasa sedih awak tu. Awak terlalu baik untuk disakiti hatinya. Biar orang nak cakap apa pasal awak asal awak punya Allah yang sentiasa ada untuk awak dan awak ada orang untuk gocoh orang tu. Tauu.. jangan sedih lagi. Orang ada untuk awak tau
Kelima,orang selalu doakan awak berjaya jadi peguam yang bijaksana untuk selesaikan masalah2 yang perlukan awak untuk selesaikan. Awak dah nak tamat belajarkan. Lagi beberapa hari saja awak ada dengan orang kat utara ni. Lepas ni awak akan jauh dari orang. Serius orang rasa bila awak habis belajar nanti dan bekerja awak dah tak ingat kat orang lagi. Mungkin ingat cuma nak dengar orang bebel macam selalu awak tak punya masa. Sedih awak tau. Tak tahu kenapa sedih bila awak nak habis belajar dan jauh dari orang. Ciss...tak macho langsung nak sedih. Hmmm..kalau awak dapat sambung belajar kat luar negara makin jauh lah kita kan.. masa orang tamat belajar orang harap sangat awak datang tengok orang convo. Melampau ke permintaan orang tu? Pertimbangkan tauu permintaan orang ni nanti ya. Kalau masa tu awak dah lupa orang..orang akan ingat apa yang orang tulis kat belog ni..
Seterusnya, nanti kalau awak dah ada teman istimewa awak beritahu orang tau. Orang nak gembira untuk awak. Sebab nanti ada orang jaga awak. Jaga hati awak. Lepas tu orang tak risau dah sebab awak ada yang jaga hati awak. Orang tahu awak dah ada seseorang. Orang tahu walaupun awak tak beritahu. Nanti orang kena cari kawan baru. Tak sama macam awak tapi tak pelah kan. Paling tidak dia nanti baik macam awak. Tak pe kan kalau orang cari kawan baru? Orang tahu nanti awak dah tak boleh selalu ada dengan orang. Kalau orang sakit,orang dah tak boleh nak mengadu dengan awak. Orang takut kalau ada yang cemburu. Orang tak mahu macam tu. Orang kesian kat hati awak yang baik tu. Tauu awak. Janji dengan orang yang awak akan beritahu orang ok. Tak kisah kalau orang jadi yang terakhir tahu asalkan orang tahu. Biar nanti orang tahu waktu tu orang perlu cari kawan baru. Eh..takpe. orang ada ramai kawan. Kalau kahwin tak jemput orang siap awak.. kalau orang tak dapat datang,orang kirim doa saja nanti untuk awak. Aci kan macam tu? Hahaha.
Awak,
Orang tak tahu kenapa awak selalu cakap yang awak jahat. Kalau awak jahat,orang harap awak jadi baik. Biarlah manusia lain kata awak jahat. Pada orang awak manusia terbaik pernah orang ada. Jangan pernah berhenti jadi manusia baik ya awak. Orang tak suka bila awak cakap awak jahat. Tauu awak.
Awak,
Terima kasih sebab jadi kawan orang. Terima kasih.
Semoga awak berjaya dalam segenap lapangan yang awak lakukan. Semoga Allah merahmati dan melindungi awak sentiasa. Fi hifzillah. Semoga Allah menjaga awak untuk saya. ^_^
My Prince Frog.
Yang comel + baik hati,
Maznie ^_^
; Kembali
Lama menyepi..
Aku kembali dengan semangat yang baru.
InsyaAllah,aku kini menjadi manusia yang lebih kuat untuk hadapi dunia yang kadangkala kejam.
Moga aku mampu untuk terus kukuh dengan pendirian dalam mencari identiti diri ini.
Doakan aku.
Aku rindu blog jiwang ini.
Aku rindu mahu menulis tentang semua yang jadi dalam hidup aku.
Rindu nak menulis tentang manusia2 kesayangan aku.
Rindu nak cerita tentang masalah yang aku kena hadap kt sini.
Aku rindu semuanya.
Hampir setahun aku menjauh. Kini kembali.
^_^
; Rindu izzara
Assalammualaikum..
Selamat pagi dan selamat berpuasa.
Rindunya nak menaip..dah lama tak menaip macam ni. Hilang tension sekejap.
Relax. Seminggu lagi nak balik dah sambut hari raya dan aku masih relax ni even barang raya aku tak beli sangat pon, err.. sebab elaun dah abis. Percaya tak! Percayalah weii.. stress den kabo.
Elaun 800 tu macam air bila keluar. Hutang banyak gila keluar. Tapi kena tabah lah kan. Redhalah.
Ok. Pasal duit aku masih boleh wat lek wat pis. Tapi pasal rindu izzara hanya Tuhan saja yang tahu. Rindu dia sangat-sangat. Balik ni nak peluk dia saja. Sudahlah pandai cakap sekarang. Caring gila sebab nak ada adik dah sekarang. Macam orang besar dah.
Ya Allah. Rindu sangat kat dia. Nak balik Muar sekarang jugak rasa.
; Pulang
Assalammualaikum.
Akhirnya,aku menjejakkan kaki ke pulau. Ahh..aku tak suka perasaan ni. Setiap kali balik,aku akan bergaduh dengan perasaan aku sendiri. Aku benci perasaan tu. Entah kenapa semalam aku menangis dalam bas sebab tak mahu balik. Keji tau perangai macam tu.
Aku perlu masa untuk kembalikan jiwa aku yang aku tinggalkan jauh.
Aku perlu masa untuk muhasabah jiwa dan kuatkan hati.
Moga saja aku mampu.
Mulalah kehidupan yang mencabar jiwa dipulau di.
Rutin harian. Ramadhan kali ni aku akan berpuasa dipulau. Untuk kesekian kalinya. Lagilah aku benci. Takkan kau merasa makanan kegemaran setiap kali berbuka yang mak kau masak. Sadis kan.
Malas mahu fikir. Yang penting perjuangan aku disini. Itu lebih penting. Doakan aku ya.
Sekian
; Patah hati
Assalammualaikum...
Tajuk saja dah sedih apatah lagi aku ni yang mengalami. Aku benci suasana ni. Aku benci perasaan ni. Aku benci menangis sebab tak rock lah kalau aku nangis. Aku benci ni semua. Aku tak kuat tahu bila kau buat aku macam ni. Kau ingat hati aku besi? Kau ingat hati aku ni tak tahu patah? Macam mana kau nak patri balik hati aku ni? Tolong jangan buat aku macam ni. Aku tak mampu. Aku mohon...
Untuk kesekian kali, hati aku patah.
Kesian.
Menangis sendiri tanpa perlu aku luah pada sesiapa kerana aku tak mampu nak percaya sesiapa kini.
Biar saja aku sendiri laluinya.
Dan mungkin aku patut berhenti berharap pada sesiapa.
Biar aku menangis sendiri..
; The bad haze
Assalammualaikum..
Jerebu melanda woiii... mohon kalian duduk dalam rumah meski kat rumah kau tu dah penuh dengan jerebu..janji kau duduk rumah. Pakai mask woii jangan dok berpanas kat luar.. tempat aku memang teruk lah citer dia..
Muar capai ipu teruk woii.. tadi aku tengok berita dah ccah 700++
Dasyat sangat ni.. aku dah sakit dada,batuk. Agak teruk lah. Nangis dah ni sebab aku tak suka asap..
Ok lah. Malas nak taip panjang lagi. Nanti aku update lagi ya..
Xoxo..
; Come back post..
Assalammualaikum..
Lama sangat tak menulis di belog tercinta ni.. #ayatpujuk
Dah nak hilang skill menulis ni nampaknya.. sedih jiwa sebab dah lama tak meroyan kat belog yang comel lote ni. Rindu oiii kat korang semua.. #bajetramaibaca
Sebenarnya bukan aku tak mahu nak update apa-apa tapi keadaan yang tidak mengizinkan aku untuk berbuat demikian. Maaf sekali lagi.
Nampak tak yang aku bukan blogger tegar. Maaflah. Sebab aku sibuk dengan kelas masa fasa kelas dan kalau practical memang masa lapang tu aku akan manfaatkan dengam tidur dan study..err.. jadi kalau ada pon aku sempat usha facebook,twitter dan instagram. Mestilah kena update sikit. Kang stalker aku meroyan pulak.. hakktuii.., jadahnya ada stalker. Hahaha..aku stalk orang adalah.
Sekarang ni aku tengah cuti semester.. sem depan aku sem 4 dah.. hooyeah.. alhamdulilah. Rezeki aku naik semester. Allah perkenan doa aku.,doa mak bapak aku. Alhamdulilah.
Tapi 27hb ni aku dah kena balik sebab junior baru masuk. Jadi aku kena lah incharge depa. Err.. tak suka sebenarnya. Sudahlah kena balik awal,kena settel pasal depa pulak. Gampang sangat ni.. err..
Sudahlah. Lain hari aku update lagi. Mahu tidur kerana letih sangat badan ni.
Sekian...
; Love it forever
Dah lama tak menulis hingga lupa bagaimana mahu menulis.. harao saja aku tidak lupa gaya menulis..
posted from Bloggeroid
; aku
alhamdulilah segala usaha aku terbalas. alhamdulilah aku jejakkan kaki aku ke semester 3 dan bersama dengan 114 rakan ku yg lain. alhamdulilah.. syukur tak terkira. terima kasih buat sahabat dan keluarga yang tak pernah lekang mendoakan kejayaan kami.. alhamdulilah kerana aku punya teman seperjuangan yang terlalu baik dan sering mendoakan kejayaan sesama mereka,. alhamdulilah.
itu sahaj yang hendak aku nyatakan. bila aku jatuh yang digelar sahabat itu akan wujud. bila kita susah dia yang akan ada disisi kita dan tiupkan semangat buat kita. bukan hanya muncul bila kita senang sahaja.
sekian.
; celaru
alhamdulilah. hari yang lain untuk diri aku pada hari ini.. Allah masih beri aku peluang untuk bernafas dan melalui hidup di muka bumi Allah ini..
sejak dua menjak ni kata-kata yang aku keluarkan sangat sarkastik. hingga buat orang lain menyampah.. #eh
serius aku cerita aku tak tahu nak menulis apa sekarang nie kerana pada waktu ini kadar otak aku untuk bergerak aktif adalah berkurang.. mungkin disebabkan aku dah set otak aku untuk bangun lewat tetapi bangun awal kerana perlu hantar assingment pada CI.
sebenarnya aku nak cakap aku tak sabar nak balik walaupun keputusan peperiksaan belum keluar lagi. sebenarnya jiwa aku tak tenteram sebab keputusan yang bakal keluar itu buat jiwa aku goyah dan tak tenang.. tidur pun tak lena.. sampai terbawa dalam mimpi. teruk kan? apalah yang bakal keluar.. harap semuanya lulus dengan cemerlang dan aku lulus dan balik johor dengan aman. doakan aku ya.. oh ya.. aku nak sambung tidur semula sebab hari ini aku kerja petang.
please take care yourself dear..
xoxoxoxo
; duhai adik
malam ni mungkin aku terlebih rajin menulis hingga banyak entry aku telah tulis malam ni.
malam ni aku tertarik mahu menulis mengenai tentang cinta. ok. cinta. mesti ada yang cakap layak ke kaubudak nak cakap tentang cinta sedangkan kau tidak bercinta. jawapan aku layak sebab bagi aku cinta tu universal. ya. ada ke peraturan mengatakan bahawa cinta itu bermaksud perhubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan? tidak bukan? cinta itu boleh merangkumi semua. cinta pada Allah. ya itu yang pasti.
tapi kali ni aku nak cakap tentang cinta yang adik-adik yang belum habis sekolah tu perjuangkan. sekali lagi aku tegaskan ini entry untuk adik-adik yang tak habis sekolah lagi dan merasa pegang sijil SPM tu lagi. bukan apa. sekarang ni bila aku bukak saja laman sosial mesti penuh dinding aku dengan ayat-ayat jiwang mereka tu sehingga buat perasaan aku nak buang mereka dari menjadi kawan aku di laman sosial tu. aku tegaskan yang aku tak cemburu dengan kekasih mereka yang cantik dan kacak tu kerana aku yakin bakal imam aku juga seorang yang kacak walaupun aku tak pasti siapa dia. aku cuma sayangkan kamu. sayangkan masa depan kau yang cerah tu. ya. mungkin kau akan cakap,bercinta akan buat kami berjaya. baiklah. kita boleh kira dengan jari berapa saja yang bercinta berjaya di menara gading. betul bukan?
aku bukan nak belagak alim atau apa. tapi aku takut masa depan kau yang cerah tu menjadi gelap kerana cinta palsu kau tu. mungkin kau dah disogok dengan kata-kata seperti ini
"aku sayang kau sampai jannah" nampak islamik tapi tidak. ayat tu sepatutnya kau guna bila dia sudah halal bagi kau. halal maksud aku tu bila kau sudah akad nikah dan diserahkan secara halal oleh si wali. itu maksud aku. oleh itu,ayat itu boleh kau praktikkan. tapi kalau setakat yang si lelaki tu seluar kecik dalam tu pun mak bapak yang belikan,tak payahlah. dan yang perempuan tu kalau setakat nasi baru pandai masak tak perlulah nak fikir tu semua.
bagi adik-adik lelaki, sebelum kau berani nak menyentuh anak perempuan orang,persiapkan diri kau dengan iman yang kuat. pastikan kau mampu jadi imam bagi isteri kau kelak. pastikan kau mempunyai pekerjaan yang mampu menyara keluarga kau kelak. ia bermula daripada sekarang. bila kau belajar dan berjaya,kerjaya idaman dalam genggaman. masa itu kau tak perlu risau tentang halangan daripada bapa mertua kau.. ada faham?
bagi adik-adik perempuan pula, jadikan diri kau penuh dengan ilmu rumah tangga sebelum menjejakkan kaki ke alam itu. mungkin agak tragik tapi itu sepatutnya. penuhkan dada kau dengan ilmu agama agar kau mampu menjadi guru terbaik buat anak-anak kau kelak. ok.mungkin agak keterlaluan tapi sepatutnya kau fikirkan sekarang. kerana cinta itu bukan mainan semata-mata. oh..ya. jangan lupa belajar memasak dari ibu kau.
buat adik-adik aku, bercinta itu bukan berpegangan,berpelukan, ayat-ayat jiwang. jadikan lah diri kau mahal agar lelaki lebih menghargai kelak. aku nasihat bukan aku benci tetapi aku sayang. aku sayang adik-adik aku yang punya masa depan yang cerah. aku nasihat kerana aku mahu lihat kalian menjadi muslimin dan muslimah yang Allah sayang. aku nasihatkan kerana aku juga pernah merasai benda yang sama bahkan aku juga sedang melalui fasa remaja itu sendiri dan aku faham naluri remaja itu. fikirlah tentang kedua ibu bapa kau bila kau tak mampu melawan godaan itu semua. aku cuma mahu lihat kejayaan daripada kamu semua. itu permintaan aku.
; Salam Maal Hijrah 1434
Selamat menyambut 1 Muharram 1434. Moga setahun yang berlalu diberkati &moga setahun mendatang dirahmati. #SalamMaalHijrah
tanam azam baru dengan keyakinan yang tekad dan semangat yang tidak kenal erti putus asa insyaAllah akan berjaya di capai dan di rahmati..
azam aku sempena tahun baru ni nak menjadi seorang muslimah yang patuh pada ajaran Nabinya dan Allah yang satu. InsyaAllah. doakan aku. aku juga mahu menjadi seorang anak yang mampu menjadikan kedua orang tuanya tersenyum melihat kejayaan anaknya ini dan mampu berbangga tatkala mengaku aku ini sebagai anak mereka. doakan aku ya. dan aku juga mahu menjadi seorang perawat yang baik. mampu merawat mereka dengan lemah lembut seperti mana aku merawat kedua orang tua ku dan akan aku hadiahkan mereka yang dalam kesakitan dengan senyuman yang paling ikhlas kerana senyuman itu mampu menjadi penawar derita.doakan aku.mungkin azam aku agak klise setiap tahun,tapi itu hak aku. akan aku capai impian aku. aku juga mahu mengenggam kejayaan lepas 3 tahun dengan bergelar perawat terlatih(jururawat). doakan aku ya.
itu merupakan azam aku. dan aku yakin kalian juga punya azam yang perlu dicapai dan aku mendoakan kalian berjaya mencapai impian kalian sepertimana kalian mendoakan impian dan azam aku berjaya di capai.
jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun ya. semoga tahun baru ini memberi seribu makna dalam hidup kita.
; picisan ini
kali ni aku menulis kerana aku merasakan bahawa hati aku tersentuh dengan ayat yang di lontarkan oleh manusia di sekeliling aku.
ok.. belog aku nie bukan lah belog yang terkenal macam belog-belog lain. tapi berpuas hati kerana belog aku adalah tulisan aku,idea aku dan semuanya bermula daripada aku. tak perlu rasanya kau memerli belog picisan aku dengan mengatakan demikian yang buat hati aku tercarit. aku abaikan itu dan aku teruskan menulis hingga aku rasa patut berhenti.
aku tak tju pada sesiapa tapi andai kau terasa dengan apa yang aku katakan itu bermakna kau pernah mengatakan yang sedemikian rupa pada belog aku. jadi aku mohon maaf dulu. andai kau tak suka kau boleh tinggalkan belog aku dan jangan memaki belog picisan aku. itu aku mohon.
; bila jatuh sedih
ayat yang sering aku dengar tatkala aku jatuh sedih
dan aku jadi kuat kerana kata-kata itu. sungguh kata-kata itu penguat bagi aku
; setelah sekian lama
aku gigihkan juga diri ini untuk menulis pada malam ini selepas lama aku tinggalkan belog nie.. maafkan aku sebab aku terlalu sibuk hingga tak sempat menjenguk belog tercinta. bukan sengaja.
kelapangan yang aku ada aku khaskan untuk keluarga dan juga kawan-kawan.
dalam diam-diam aku hampir tamatkan semester 2 dan setahun aku tinggal di pulau itu. tak sangka. aku mampu bertahan sampai waktu sekarang meski dulu aku memberontak tak mahu pergi ke sana.
alhamdulilah aku kuat dan semakin kuat harungi hidup ini secara berdikari.
aku kuat sebab aku selalu fikir positif.. ya seba positif kau fikir dan semua benda jadi positif juga..
; hidup itu harus normal..
alhamdulilah maznie masih diberi kesempatan untuk menulis tentang kehidupan maznie di sini.. alhamdulilah sebab maznie masih bernafas untuk meneruskan kehidupan..
sebenarnya maznie bangun pukul 3 pagi arini sebab ada qiam berjemaah dengan student kkpp..
syahdu sangat bila memasing mengalirkan air mata keinsafan lepas solat sunat.
hanya Allah sahaja yang tahu bertapa nikmatnya bangun awal pagi tadi sedangkan yang lain lena di ulit mimpi..
ok. itu kisah awal pagi tadi.. mari kita cerita tentang kehidupan maznie di sini..
erm..
semenjak naik sem 2 nie..kehidupan hampir berubah kerana kehidupan di sini semakin sibuk dengan kelas, aktiviti seharian hingga kadang-kadang waktu rehat hanyalah seketika.. tapi nak buat macam mana..itu kehidupan namanya..
since ada peraturan baru yang kena balik kolej sebelum 7.30 malam amat menyusahkan.. bukan merungut cuma rasa macam kehidupan kami sangat terbatas.. just hari ahad saja di benarkan pulang lewat.. sudahlah isnin - jumaat full dengan kelas.. dan kalau nak outing just hari sabtu lah,then hari ahad waktu berehat. tapi sekarang dah berbeza.. sangat berbeza..
hidup terbatas sudah..
mungkin mahu menyuruh kami belajar dan mendapat keputusan peperiksaan yang bagus...
by the way,maznie macam dah hilang skill menulis blog nie.. mungkin sebab dah lama tak sentuh lappy dan hampir lupa bagaimana mahu menulis..itu belum lagi skill yang lain-lain..
oh ya... kehidupan maznie kat sini alhamdulilah berjalan dengan baik dan banyak mengajar maznie tentang makna kehidupan dan apa maknanya manusia itu..
kadang-kadang kawan sebelah kita itu sendir yang akan memberi kita masalah.. hahaha.. ingat tu.. tapi kadang-kadang dia juga yang akan menjadi yang paling rapat dengan kita..
oh..oklah.. maznie nak solat subuh..
salam ramadan dan selamat hari raya..
^_^
; yeah!!!
hai semua..lama tak update blog nie..sangat lama ok..dah berhabuk..mesti ramai dah tak baca belog aku nie kan.. since aku dah lama tak bukak belog untuk di update sebab dah tak sempat dan tak ada mood..baru nak datang mood nie..
i`m already in mood raya... hahah..
oh lupa pulak nak ucap SELAMAT BERPUASA!!!
rindu kat korang semua...
by the way,korang semua sihat??
maznie sini sihat alhamdulilah kat pulau nie..
eh,maznie dah masuk sem 2 tau..
the killer semester tau.. kena strugle lebih ok...
hidup kat sini kena berjimat cermat ok... =.="
tapi tak pernah kot aku berjimat..sebab selalu shopping je... hahahah teruk kan..
eh,since semester 2 aku jarang keluar dah.. sebab tak ada siapa nak bawak aku berjalan2..
=.="
eh,ni je sempat aku hupdate..nti aku update lagi k..
sebab bosan sangat...
; jiwa pergi
DEAR BLOG,
maafkan maznie sebab dah lama tak menaip.. bukan sengaja tapi tak berkesempatan..
jujur macam-macam maznie lalui sepanjang maznie tak menulis entry..
sedih,gembira semua maznie lalui di sini hingga kadang-kadang maznie rasa maznie adalah orang yang paling lemah kat sini.. maznie tak kuat bila berjauhan dari family dan bila maznie kehilangan orang yang pernah mencuri hati maznie ni..
encek istimewa telah pergi dari jauh dari aku tanpa alasan yang kukuh.. aku sendiri tak ketahui.. jujur waktu tu aku tak kuat.. aku ingat lagi.. tarikh ue 2 April 2012.. aku dan dia tiada apa-apa hubungan.. sedih?? tentu saja.. tapi aku bersyukur kerana aku dikelilingi oleh orang yang sayangkan aku dan tak sanggup tengok aku jatuh.. terima kasih pada mereka.. tanpa cinta aku tetap boleh hidup gembira dengan orang yang aku sayang... terima kasih pada mereka yang jadikan aku manusia kuat dari segi mental.. tanpa mereka mungkin aku bukan maznie yang dulu lagi.. hidup aku tetap sama cuma beza DIA tiada dalam diary hidup aku lagi.. aku tak membenci tapi aku terpaksa buang dia jauh dari hidup aku kerana aku tak sanggup sakit lagi.. sakit sangat bila orang yang kita sayang pergi jauh dari kita..
terima kasih pada yang selalu ada dengan aku waktu aku perlukan bahu untuk menangis... terima kasih sangat.. kini aku kuat dan hati aku kering untuk lelaki...
Old things | New things