Follow Dashboard
music here

Pulang
Jumaat, Jun 28, 2013 | 0 comments

Assalammualaikum.

Akhirnya,aku menjejakkan kaki ke pulau. Ahh..aku tak suka perasaan ni. Setiap kali balik,aku akan bergaduh dengan perasaan aku sendiri. Aku benci perasaan tu. Entah kenapa semalam aku menangis dalam bas sebab tak mahu balik. Keji tau perangai macam tu.

Aku perlu masa untuk kembalikan jiwa aku yang aku tinggalkan jauh.
Aku perlu masa untuk muhasabah jiwa dan kuatkan hati.
Moga saja aku mampu.

Mulalah kehidupan yang mencabar jiwa dipulau di.
Rutin harian. Ramadhan kali ni aku akan berpuasa dipulau. Untuk kesekian kalinya. Lagilah aku benci. Takkan kau merasa makanan kegemaran setiap kali berbuka yang mak kau masak. Sadis kan.

Malas mahu fikir. Yang penting perjuangan aku disini. Itu lebih penting. Doakan aku ya.

Sekian



Old things | New things