Follow Dashboard
music here

Salam Maal Hijrah 1434
Rabu, November 14, 2012 | 0 comments
 
Selamat menyambut 1 Muharram 1434. Moga setahun yang berlalu diberkati &moga setahun mendatang dirahmati. #SalamMaalHijrah

tanam azam baru dengan keyakinan yang tekad dan semangat yang tidak kenal erti putus asa insyaAllah akan berjaya di capai dan di rahmati.. 
azam aku sempena tahun baru ni nak menjadi seorang muslimah yang patuh pada ajaran Nabinya dan Allah yang satu. InsyaAllah. doakan aku. aku juga mahu menjadi seorang anak yang mampu menjadikan kedua orang tuanya tersenyum melihat kejayaan anaknya ini dan mampu berbangga tatkala mengaku aku ini sebagai anak mereka. doakan aku ya. dan aku juga mahu menjadi seorang perawat yang baik. mampu merawat mereka dengan lemah lembut seperti mana aku merawat kedua orang tua ku dan akan aku hadiahkan mereka yang dalam kesakitan dengan senyuman yang paling ikhlas kerana senyuman itu mampu menjadi penawar derita.doakan aku.mungkin azam aku agak klise setiap tahun,tapi itu hak aku. akan aku capai impian aku. aku juga mahu mengenggam kejayaan lepas 3 tahun dengan bergelar perawat terlatih(jururawat). doakan aku ya.

itu merupakan azam aku. dan aku yakin kalian juga punya azam yang perlu dicapai dan aku mendoakan kalian berjaya mencapai impian kalian sepertimana kalian mendoakan impian dan azam aku berjaya di capai.

jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun ya. semoga tahun baru ini memberi seribu makna dalam hidup kita.



Old things | New things