Follow Dashboard
music here

duhai adik
Rabu, November 14, 2012 | 2 comments
 


malam ni mungkin aku terlebih rajin menulis hingga banyak entry aku telah tulis malam ni. 
malam ni aku tertarik mahu menulis mengenai tentang cinta. ok. cinta. mesti ada yang cakap layak ke kaubudak nak cakap tentang cinta sedangkan kau tidak bercinta. jawapan aku layak sebab bagi aku cinta tu universal. ya. ada ke peraturan mengatakan bahawa cinta itu bermaksud perhubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan? tidak bukan? cinta itu boleh merangkumi semua. cinta pada Allah. ya itu yang pasti. 
tapi kali ni aku nak cakap tentang cinta yang adik-adik yang belum habis sekolah tu perjuangkan. sekali lagi aku tegaskan ini entry untuk adik-adik yang tak habis sekolah lagi dan merasa pegang sijil SPM tu lagi. bukan apa. sekarang ni bila aku bukak saja laman sosial mesti penuh dinding aku dengan ayat-ayat jiwang mereka tu sehingga buat perasaan aku nak buang mereka dari menjadi kawan aku di laman sosial tu. aku tegaskan yang aku tak cemburu dengan kekasih mereka yang cantik dan kacak tu kerana aku yakin bakal imam aku juga seorang yang kacak walaupun aku tak pasti siapa dia. aku cuma sayangkan kamu. sayangkan masa depan kau yang cerah tu. ya. mungkin kau akan cakap,bercinta akan buat kami berjaya. baiklah. kita boleh kira dengan jari berapa saja yang bercinta berjaya di menara gading. betul bukan?
aku bukan nak belagak alim atau apa. tapi aku takut masa depan kau yang cerah tu menjadi gelap kerana cinta palsu kau tu. mungkin kau dah disogok dengan kata-kata seperti ini 
"aku sayang kau sampai jannah" nampak islamik tapi tidak. ayat tu sepatutnya kau guna bila dia sudah halal bagi kau. halal maksud aku tu bila kau sudah akad nikah dan diserahkan secara halal oleh si wali. itu maksud aku. oleh itu,ayat itu boleh kau praktikkan. tapi kalau setakat yang si lelaki tu seluar kecik dalam tu pun mak bapak yang belikan,tak payahlah. dan yang perempuan tu kalau setakat nasi baru pandai masak tak perlulah nak fikir tu semua.

bagi adik-adik lelaki, sebelum kau berani nak menyentuh anak perempuan orang,persiapkan diri kau dengan iman yang kuat. pastikan kau mampu jadi imam bagi isteri kau kelak. pastikan kau mempunyai pekerjaan yang mampu menyara keluarga kau kelak. ia bermula daripada sekarang. bila kau belajar dan berjaya,kerjaya idaman dalam genggaman. masa itu kau tak perlu risau tentang halangan daripada bapa mertua kau.. ada faham?

bagi adik-adik perempuan pula, jadikan diri kau penuh dengan ilmu rumah tangga sebelum menjejakkan kaki ke alam itu. mungkin agak tragik tapi itu sepatutnya. penuhkan dada kau dengan ilmu agama agar kau mampu menjadi guru terbaik buat anak-anak kau kelak. ok.mungkin agak keterlaluan tapi sepatutnya kau fikirkan sekarang. kerana cinta itu bukan mainan semata-mata. oh..ya. jangan lupa belajar memasak dari ibu kau.

buat adik-adik aku, bercinta itu bukan berpegangan,berpelukan, ayat-ayat jiwang. jadikan lah diri kau mahal agar lelaki lebih menghargai kelak. aku nasihat bukan aku benci tetapi aku sayang. aku sayang adik-adik aku yang punya masa depan yang cerah. aku nasihat kerana aku mahu lihat kalian menjadi muslimin dan muslimah yang Allah sayang. aku nasihatkan kerana aku juga pernah merasai benda yang sama bahkan aku juga sedang melalui fasa remaja itu sendiri dan aku faham naluri remaja itu. fikirlah tentang kedua ibu bapa kau bila kau tak mampu melawan godaan itu semua. aku cuma mahu lihat kejayaan daripada kamu semua. itu permintaan aku.  





Old things | New things