Follow Dashboard
music here

hidup itu harus normal..
Ahad, Ogos 12, 2012 | 0 comments

alhamdulilah maznie masih diberi kesempatan untuk menulis tentang kehidupan maznie di sini.. alhamdulilah sebab maznie masih bernafas untuk meneruskan kehidupan..
sebenarnya maznie bangun pukul 3 pagi arini sebab ada qiam berjemaah dengan student kkpp..
syahdu sangat bila memasing mengalirkan air mata keinsafan lepas solat sunat. 
hanya Allah sahaja yang tahu bertapa nikmatnya bangun awal pagi tadi sedangkan yang lain lena di ulit mimpi..

ok. itu kisah awal pagi tadi.. mari kita cerita tentang kehidupan maznie di sini..
erm..
semenjak naik sem 2 nie..kehidupan hampir berubah kerana kehidupan di sini semakin sibuk dengan kelas, aktiviti seharian hingga kadang-kadang waktu rehat hanyalah seketika..  tapi nak buat macam mana..itu kehidupan namanya..
since ada peraturan baru yang kena balik kolej sebelum 7.30 malam amat menyusahkan.. bukan merungut cuma rasa macam kehidupan kami sangat terbatas.. just hari ahad saja di benarkan pulang lewat.. sudahlah isnin - jumaat full dengan kelas.. dan kalau nak outing just hari sabtu lah,then hari ahad waktu berehat. tapi sekarang dah berbeza.. sangat berbeza..
hidup terbatas sudah.. 
mungkin mahu menyuruh kami belajar dan mendapat keputusan peperiksaan yang bagus...

by the way,maznie macam dah hilang skill menulis blog nie.. mungkin sebab dah lama tak sentuh lappy dan hampir lupa bagaimana mahu menulis..itu belum lagi skill yang lain-lain..
 oh ya... kehidupan maznie kat sini alhamdulilah berjalan dengan baik dan banyak mengajar maznie tentang makna kehidupan dan apa maknanya manusia itu..
kadang-kadang kawan sebelah kita itu sendir yang akan memberi kita masalah.. hahaha.. ingat tu.. tapi kadang-kadang dia juga yang akan menjadi yang paling rapat dengan kita..

oh..oklah.. maznie nak solat subuh..
salam ramadan dan selamat hari raya.. 
^_^


Old things | New things