Follow Dashboard
music here

lappy prank aku
Rabu, Disember 14, 2011 | 0 comments
Assalammualaikum.. hai..
gigih aku hupdate belog nie..

minggu ni merupakan minggu yang agak tidak mengutungkan apabila lappy kesayangan aku buat hal bagai nak gila hal nya.. jantung tok sah cakaplah.. berdebar-debar macam apa. semua gara-gara dari sifat tidak sabar aku. ok. salah aku lah.. nak cepat saja kerjanya siap..

petang tu aku guna elok saja. boleh main game bagai. lepas main game aku main tutup macam tu saja. sebab keadaan agak terburu-buru. then,bila malam aku nak online dia dah tak boleh bukak. aku dah berpeluh cemas dah.. duduk dah serba tak kena.
tiba-tiba teringat pesan membe aku..kalau macam tu berlaku pilih safe mode. aku klik la tu. then keluar. lega dah. tapi lama gila dia jadi blank. mencarut sudah dalam hati ni. nak prank aku ke lappy ni.. dah lah aku ada lemah jari jemari. nak bergurau tunggulah hari lain. berbisik di hati saja..

jiwa dah tak keruan. nak tak nak terpaksa call membe aku. aku tanya dia dalam nada nangis. ok.membe aku ni lelaki. dia tak boleh tengok aku nangis. jadi dia serba salah.

aku terangkan pada dia apa yang berlaku. dia terus marah aku. dia kata aku sengal sebab tutup lappy tak ikut step. aku ingat menari saja ada step tapi nak tutup lappy pun ada step jugak. kena bebel dalam setengah jam then baru aku tanya apa yang patut aku buat.. dia kata cara terbaik kena format.. "FORMAT" macam mana nak hantar format dia jauh kat pahang. dia kata hantar kedai. aku tanya kena berapa ea? dia kata ikut kedai.lau betul kat dia free saja. tentulah aku mahukan yang free tapi dia jauh pulak. aku cari alternatif lain. untung saja kawan sebelah kampung aku tengah cuti sekarang. jadi aku minta tolong dia untuk format lappy aku. dia kata dah teruk sangat rosaknya. dia kata tak janji dapat selamatkan semua gambar atau apa saja dalam lappy aku. serba salah aku dibuatknya. dengan berat hati aku kata buatlah apa yang patut asalkan kembali normal.

alhamdulilah. lappy aku selamat dibetulkan. terbang duit aku rm30. (=.=")
tak kisahlah.. janji lappy aku kembali seperti biasa. dan tidak ada yang mampu diselamatkan dalam lappy ni. cerpen aku,surat aku,gambar aku,lagu aku. semua hilang.menangis pon dah tak guna sebab nasi dah jadi bubur ayam..


moral of the story: shut down lappy ikut step yang betul ya. jangan main tutup saja kelak kau yang menangis. jangan jadi macam aku. 

!_!

tolong jangan prank aku lagi..



Old things | New things
tolong jangan prank aku lagi..



Old things | New things