Follow Dashboard
music here

hidup tidak selalunya indah
Rabu, Disember 14, 2011 | 2 comments

Assalammualaikum semuanya.. ^_^
dah tengok gambar di atas?? alhamdulilah aku dapat kolej kejururawatan pulau pinang. 
jauh..sememangnya sangat jauh tempatnya. jauh dari keluarga aku..kawan-kawan aku dan semua orang yang aku sayang. tapi itu tidak mengapa asalkan niat aku untu pergi kesana kerana untuk menuntut ilmu dan alhamdulilah urusan aku dipermudahkan oleh Allah.
aku bersyukur sangat sebab segala urusan aku dipermudahkan oleh NYA. 


ketika aku perlukan teman untuk menjadi pendorong aku ketika aku dalam kekeliruan dan aku perlukan teman untuk memberi aku semangat untuk meneruskan hidup,sahabat aku seperti menjauhkan diri dari aku. sedih.. terlalu sedih. hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati ini. si dia juga begitu. alasan yang diberi sibuk belajar. erm... jika dia minta aku menjauhkan diri,ya. aku akan buat begitu. aku tidak mahu terhegeh-hegeh mengharap sesuatu yang tak pasti.

urusan pemergian aku ini memerlukan 2 orang untuk menjadi penjamin bagi aku. muka ditebalkan untuk meminta saudara sendiri menjadi penjamin. saudara yang pada aku terlebih mampu. tapi ia menjadi sia-sia apabila alasan takut aku akan lari dari tanggungjawab membuatkan aku menangis. aku tidak sebodoh itu untuk mengsia-siakan harapan mak abah untuk melihat aku berjaya. syukur saja abah boleh menjadi pejamin. namun memerlukan seorang lagi. kak long menawarkan diri untuk menjadi penjamin tapi dia tidak layak sebab dia masih belajar dan dia juga di jamin oleh orang lain. syukur Allah itu memudahkan urusan aku apabila mak ngah yang hanya berkerja menjual kuih mahu menjadi penjamin aku. alhamdulilah. perkara ini menjadi iktibar buat aku. hidup ini ibarat roda. tidak selalu kita akan berada di atas dan akan ada masanya berada di bawah. sekarang waktu susah keluarga aku untuk memerlukan duit yang agak banyak bagi perbelanjaan pengajian aku tiada siapa yang mahu menolong. hanya mak tok yang banyak membantu. akan tiba waktu senangnya nanti. aku bersyukur sebab kepayahan ini membuatkan aku menjadi lebih dekat dengan Allah.

aku selalu berfikir positif. itu penting. negatif akan membuatkan segalanya menjadi tidak terurus. 
sekarang ini aku menunggu keputusan ujian darah dan ada temujanji dengan doktor pada minggu depan.
aku juga sudah mulai mengemas barang-barang keperluan aku di sana. 
aku memerlukan persediaan mental dan fizikal bagi menempuh sesuatu yang baru. meneroka sesuatu yang indah.

^_^


Old things | New things