Follow Dashboard
music here

bersyukur itu perlu
Ahad, Disember 18, 2011 | 6 comments

sedang melayan muka buku |sila baca : facebook| aku ternampak salah seorang kawan aku update status berbunyi begini "hujan lagi..panas salah,hujan salah. itulah manusia. tak tahu bersyukur." lebih kurang macam tu lah statusnya. faham apa maksudnya?
maknanya manusia ni hidup tak pernah kenal erti puas. kadang kala tak tahu bersyukur dengan apa yang Allah bagi padanya. maafkan aku andai kata-kata aku ini menguris hati sesiapa yang terasa. buka mahu menghukum atau mengata tapi cuma ingin direnung bersama.
sekarang musim hujan.bagi kawasan aku musim hujan adalah musim yang paling ditakuti bahkan digeruni. bukan sebab hujan nie garang atau apa tapi kalau hujan tanpa henti selama 2 hari berturut-turut,banjir akan berlaku dikawasan aku. tahun ni pada bulan februari kampung aku di landa banjir. rumah aku terlibat sama. sekarang musim hujan lagi,ada suara-suara sumbang meramalkan bahawa banjir akan berlaku pada 20 disember 2011. siapa tahu? hanya Allah yang tahu. dan ramalan kaji cuaca juga hanya menyatakan bahawa hujan dilaporkan akan berterusan hingga lewat tengah malam nanti. 
kau bayangkan perasaan atok nenek kat kampung,mak ayah yang berhempas pulas. kau mampu bayangkan? bertapa mereka risau akan keadaan rumah,harta benda,haiwan peliharaan bahkan nyawa mereka sendiri. setiap hari mereka berdoa agar hujan ini berhenti dan banjir tidak berlaku lagi. setiap hari mereka mula mengemas barang-barang penting agar kelak kerugian yang dialami tidak terlalu banyak. aku ada dengar seorang pak cik ni cakap,"kalau nak banjir,siapa kita mampu halang.itu kuasa Allah. kita nie berdoa,mengharap semuanya selamat.ambil iktibar apa yang berlaku dulu.barang-barang kalau mampu selamatkan,kita selamatkan. syukur sangat kalau Allah dengar doa kita semua."
aku sentap ketika dengar kata-kata pak cik tu. pak cik tu pasrah pada Allah dan pada masa yang sama dia berusaha untuk menyelamatkan barang-barangnya. 
kalau itu yang dikatakan tidak bersyukur,aku tak tahu nak cakap apa lah.
apa-apa pun bagi mangsa banjir,tabahlah menghadapi dugaan ini dan redha dengan semua yang berlaku sebab setiap yang berlaku ada hikmahnya.
^__^


Old things | New things