Follow Dashboard
music here

motif kehilangan
Ahad, Oktober 16, 2011 | 0 comments
lama tak menulis. hampir lupa gaya untuk menulis. bukan ku tidak mahu tapi ku tidak larat. 3 minggu aku terlantar sakit akibat deman panas dan batuk. 3 kilo berat badanku turun tanpa rela, aku lemah tatkala mahu menaip atau apa sahaja. kepala jadi berat dan berpusing-punsing. gelap dunia tiba-tiba. teruk. sangat teruk sebab 2 kali aku ulang alik klinik. doktor yang berkhidmat kata jika sakit ku tidak elok,ujian darah akan di lakukan dan x ray akan di buat. jarum menjadi musuh utama. memang tidak aku menyerah diri pada jarum,oleh itu ku amalkan petua orang tua untuk kekal sihat. alhamdulilah berhasil.

 sekarang,peperiksaan sibuk di jalankan. pelajar seperti aku sememangnya tidak lari dengan peperiksaan. alhamdulilah. pengajian am aku lulus. banyak lagi peperiksaan yang aku harus tempuhi. buku ku letak tepi sebentar untuk memberi ruang kepada belog tercinta. bukan tidak mengulang kaji tapi otakku menjadi tepu dengan bacaan yang banyak. berehat sebentar bersama belog ini. doakan aku ya semoga aku berjaya menjawab soalan dengan jayanya.

 pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan ku hingga aku sendiri tak tahu bagaimana mahu ceritakan. ada perkara yang sedih,gembira dan pelbagai lagi. bila aku lapang,aku ceritakan. buat waktu ini aku simpan dahulu. simpan dalam hati rapat. cukuplah aku memberitahu keadaan diri ku yang lama menghilang. bukan hilang ke mana. cuma aku kurang sihat. doakan kejayaan aku ya seperti mana aku mendoakan kalian semua.
 kepada MR I. maaf sebab buat kehidupan awak serabut. seribu kemaafan dari saya. maaf sebab hadir dalam hidup awak tanpa di duga. maaf segalanya.

 kepada MR K. good luck ya di tempat baru di Ipoh. praktikal elok2 sebagai seorang tenaga pengajar. tak mahu garang2 ok. kita datang perak,kita jumpa MR.K ok. ^_^

 kepada semua.. jaga diri dan kesihatan kalian. jangan jadi seperti diriku.


Old things | New things