Follow Dashboard
music here

rahsia disebalik senyuman
Sabtu, Ogos 20, 2011 | 2 comments
lama betul aku tak menaip ni.. maksud aku menaip belog.. kalau menaip assigment itu menjadi juadah bersahur aku.. =.=" apa cerita semua? sihat tak? kesihatan aku terganggu.. hanya aku,ALLAH dan abg adib saja yang tahu pasal kesihatan aku. teruk? tidak lah.. tapi mengalami pendarahan la.. hahahah.. ok.tamat cerita kesihatan.

sebenarnya aku nak cerita pasal rahsia disebalik senyuman. aku ada baca satu artikel dalam sebuah majalah nie. jadi aku nak kongsi dengan korang agar korang akan selalu tersenyum dan gembira sahaja. jadi mari kita mulakan rahsianya. #eh,bukan rahsia lagi sebab aku dah bagitau korang kan??

  1. para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk joging dalaman yang mampu merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat kepada sistem saraf otak dan hormon.
  2. mulakan hari dengan senyuman bukan sahaja mampu menceriakan hidup tapi memberi kebaikan kepada kesihatan. pabila kita senyum, badan kita akan 'tersenyum' jugak. jadi senyum tau kalau nak tengok badan kau senyum ke tidak. heheheh
  3. apabila kita senyum,kita hanya guna 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi.
  5. apabila kita ketawa,tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat.kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum kamu ketawa.
  6. kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa dan tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah kemurungan.
  7. senyum dan ketawa merupakan stress yang baik dan tidak akan memberi tekana kepada sistem tahanan badan.
  8. ketika kita ketawa,sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan gamma-interferon dan sel yang menghasilkan antibodi melawan penyakit.
  9. senyuman mampu merendahkan tekanan darah,menambah kemasukan oksigen dala darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
  10. senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung,tekanan darah tinggi,strok, aritis dan ulser.
  11. ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki usus.
  12. senyuman itu satu sedekah.
  13. senyuman itu penawar pada peyakit rohani yang kronik. 

jadi korang semua kena senyum bagi kesihatan yang baik,awet muda, buat sedekah yang banyak sebab korang senyum. tapi jangan senyum sorang-sorang sebab nanti korang akan dituduh 'orang gila' 
hahahah...
jadikan senyum itu sebagai rutin harian kita.
jangan kedekut dengan senyuman sebab dengan senyuman kita mampu mencairkan hati yang sedang berbara dengan kerahan.
jadi mari kita dengar lagu 'senyum'
selamat beramal..



psst:jangan lupa kejar 10 terakhir ramadhan tau.

ini senyuman tau..



Old things | New things
ini senyuman tau..



Old things | New things