Follow Dashboard
music here

-keamanan-
Selasa, Julai 12, 2011 | 0 comments
aku cuma ingin keamanan,
keamanan yang wujud sejak tanah melayu merdeka,
semuanya bersatu padu untuk mengecapi kemerdekaan tersebut,
tapi mengapa keamanan itu kita cemar:?
mengapa keamanan itu kita nodai?
adakah negara kita kini sudah muak dengan keamanan hingga mahu peperangan?
aku sebagai generasi muda,
punya hak untuk bicara,
punya hak untuk buat keputusan
tapi aku sebagai generasi muda perlu tauladan dari generasi terdahulu,
untuk memimpin kami,
untuk menjadi penasihat kami.
aku tertanya-tanya,
adakah situasi sekarang menyatakan demikian?
adakah itu yang menjadi pedoman kami kelak?
adakah itu semua menjadi penanda aras kami kelak?
aku sendiri tidak mengerti semua ini..
aku sendiri tidak mengerti dengan permainan dunia,
hanya sekudus doa yang aku pinta daripada Maha Pencipta ku.
doa agar tanah air ku sentiasa aman tanpa sebarang kekacauan,
doaku agar masyarakat Malaysia sentiasa bersatu padu walau berbeza agama dan banga,
doaku supaya negara tercinta aman dan damai dibawah pimpinan yang terbaik.





Old things | New things