Follow Dashboard
music here

-cinta si "stalker"-
Ahad, Julai 24, 2011 | 2 comments

Cinta. Aku yakin manusia di muka bumi ini hidup atas dasar cinta. Mana mungkin tanpa cinta kita ada di dunia ini. Sebab cinta Allah pada hambaNya kita hidup di muka bumi ini. Itu salah satu bahagian dalam cinta. Cerita aku kali ini adalah tentang cinta yang terpendam. Erm… faham tak? Lebih kurang macam cinta yang tak berbalas tapi konsep ini lebih kepada menjadi “stalker” atau “peminat rahsia”. Macam tu lah lebih kurang konsepnya.

Kisah ni bermula di laman sosial yang menjadi kegilaan ramai sekarang. Masa tu aku baru bergiat aktif dalam laman sosial tersebut. Aku tambah Dia sebagai rakan aku. Kenapa aku tambah Dia menjadi rakan aku? Sebab dia comel. Kukuh alasan aku? Hahahah… entahlah. Aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh tergerak hati nak tambah Dia jadi teman aku. Sejak dari situ perkenalan kami bermula.

Manusia diciptakan mempunyai perasaan. Ya. Sejak dari situ aku mula simpan perasaan pada Dia. Tapi aku cuba untuk menahan diri dari untuk terus jatuh hati dengan Dia sebab aku rasa ia satu perkara yang mustahil. Bermula dari situ aku menjadi “stalker” Dia di laman sosial. Masa tu aku masih menuntut di Tingkatan 5. Dia masa tu belajar di sebuah universiti tempatan dalam asasi. Usia dia lebih tua dari aku setahun. Waktu aku menunggu keputusan SPM,dia juga sedang menunggu panggilan ke universiti bagi meneruskan pelajaran di peringkat ijazah. Jadi masa aku dan Dia sangat lapang. Ketika itu aku selalu berbalas komen di laman sosial tersebut. 

Pernah dengar pepatah Melayu yang berbunyi “ukur baju dibadan sendiri” kalau kau badan besar takkan kau nak ukur baju guna baju yang saiz kecil kan. Faham tak? Maknanya aku perlu berfikir dengan banyak kali untuk jatuh hati pada Dia. Sejuta mungkin? Sebab apa? Sebab yang aku sendiri perlu sedar tanpa orang lain sedarkan untuk aku.

Sepanjang hubungan kami sebagai kawan,latar belakang keluarga Dia dan perihal hidup Dia aku ketahui serba sedikit. 

Pada suatu hari aku lihat “status” Dia di laman sosial kelihatan Dia sedang bersedih. Pada waktu itu hampir seminggu aku tak buka laman sosial tersebut . setelah aku baca dan faham apa yang Dia tulis pada laman sosial tersebut pada hari sebelumnya akhirnya aku mengerti bahawa Dia meminati sesorang dan perempuan itu menolak cinta Dia. Perasaan aku? Aku rasa sangat sedih sebab lihat Dia seperti seorang yang hilang semangat dan bukan seperti Dia yang aku kenal dulu. 

Apa yang mampu aku buat sebab Dia berada jauh dari aku. Jadi aku “post” kan kata-kata semangat pada Dia agar Dia sedar bahawa ramai yang sayangkan Dia. Aku tak mahu sebab seorang perempuan yang tidak hargai cinta Dia,Dia jadi lemah macam tu. Aku tak sanggup tengok Dia meratap dan menangis sebab orang yang tak tahu menghargai. 

Lepas beberapa hari, semangat Dia kembali pulih dan Dia mampu tersenyum gembira. Aku senang dengan sikap Dia begitu. Pada waktu itu aku tersenyum. Senyum sebab Dia gembira.

Cerita aku dan Dia hanya diketahui oleh teman baik aku. Ecaq. Dia selalu cakap dekat aku untuk terus terang perasaan aku pada Dia. Dia kata kau seksa perasaan aku,tapi aku senang dengan perasaan itu. Senang sebab aku damping Dia walau atas nama persahabatan. 

Pernah sekali aku cuba untuk luahkan perasaan aku pada Dia dengan cara menerusi lagu. Aku buat ucapan khas untuk Dia dan aku sertakan sebuah lagu yang di nyayikan oleh Azam Pitt bertajuk Debar. Kalau kita hayati lirik lagu tu,kamu akan faham perasaan aku masa itu. Aku beri lagu itu masa ulang tahun kelahiran Dia. Erm.. Dia ucapkan terima kasih . aku senang sekali tapi pasal lagu itu aku tahu Dia mengerti tentang itu tapi Dia tak memberi respon pada aku. Jadi aku hanya diamkan sahaja walau pada ketika itu aku berasa sangat segan. Hampir seminggu aku tidak berbalas komen dengan Dia. 

Sejak dari itu aku merasakan bahawa aku hanya mampu jadi “stalker” sahaja. Itu lebih baik dari aku terus segan dan memalukan diri sendiri. Sebelum ini aku hanya mampu jadi “stalker” Dia di laman sosial sahaja. Tapi sekarang aku punya nombor telefon Dia dan alamat rumah Dia dan sekarang aku bersedia nak beri Dia kad raya. Hahahahha… owh sebelum terlupa,aku punya nombor telefon Dia,tapi sampai sekarang aku tak berani nak telefon atau sms Dia sebab aku takut aku akan hilang Dia sebab perkara yang aku lakukan. Jadi sampai bila-bila aku akan terus menjadi “stalker” Dia.. hahahah.

Ini cerita cinta yang terpendam. Cerita cinta yang tidak tak mampu terluah. Cerita cinta yang akan berakhir apabila aku bertemu dengan cinta sejati aku.MUNGKIN. Biar aku simpan cinta itu dalam lubuk hati aku yang paling dalam dan aku akan kemam semua tu biar ia terus ada dihati aku selamanya. Coretan ini aku buat agar suatu hari nanti bila aku terlupa kisah cinta ini..coretan ini akan ada untuk mengingatkan aku pada Dia dan kisah aku dan Dia biar aku tak terlupa bahawa aku pernah menyayangi seseorang dari jauh. Walau pada ketika itu aku sudah mempunyai cinta sejati aku.

 



Old things | New things