Follow Dashboard
music here

belajar menghargai boleh tak???
Ahad, Julai 24, 2011 | 2 comments

Dalam diri manusia ini kadang-kadang punya sikap yang tidak tahu menghargai. Atau lebih tepat tidak tahu bersyukur. Yang hanya tahu menyalahkan atau mengomen semua benda yang tidak kena pada pandangan matanya. Pada pemikiran mereka,kesempurnaan itu penting dalam sesuatu yang kita lakukan. Tapi tidak semua yang kita lakukan akan sempurna. Mustahil kau tidak pernah melakukan kesilapan walau sedikit ketika melakukan tugasan?

Apa kata apabila seseorang yang kita arahkan itu melakukan kesalahan kita senyum dan cakap “awak  cekap buat kerja yang saya suruh buat tapi ada sedikit silap. Kalau tidak keberatan awak betulkan kesalahan awak dan serah pada saya kembali.” Macam tu boleh tak? Aku yakin orang yang melakukan kesilapan itu akan ingat silapnya dan rasa senang dengan teguran tersebut sebab hasil kerjanya dihargai.

Bukan mahu mengatakan aku ini sempurna tapi perkara tersebut berlaku pada diri aku sendiri. Seharian kita habiskan masa untuk menyiapkan tugasan tersebut tapi bila dihantar aku dimarah dan hasil kerja aku ditolak denga begitu sahaja. Jiwa mana tak meronta bila diperlakukan begitu? Aku bukan malaikat yang hanya diam dan tak punya perasaan.. aku ada perasaan la wei..

Itulah perangai manusia yang pada aku agak buruk. =.=”
Aku tak berapa suka dengan keadaan itu.
Ada lagi satu sebelum aku terlupa. Aku selalu jumpa manusia yang hanya pandai bercakap tapi tak tahu nak tunjuk contoh. Maksudnya macam ni.. kau suruh budak jaga section ni tapi tugas kau tak reti buat. Macam tu lah lebih kurang. Hampir setiap hari aku lihat gelagat manusia macam tu. Mungkin dia seorang yang cantik orang akan tutup sebelah mata dengan perangai kau? Silap besar kawan sebab kami punya mulut dan mata untuk melihat sikap kau dan mengadu tentang kesalahan kau. Hahahaha…

Rasa nikmat apabila kena marah sebab sikap kau yang kononnya nak menegur orang lain demi kebaikan tapi diri sendiri tidak lah sebagus mana. Erm… pepatah Melayu selalu kata apa ya? Seperti mengajar ketam berjalan tegak? Macam tu ya? Hahahah… kesian kau disamakan dengan ketam..

Aku harap kalian dapat ambil iktibar dan berusahalah untuk menjadi manusia yang tahu menghargai dan tunjukkan sikap yang baik sebelum kita menegur kesalahan orang lain.


Old things | New things