Follow Dashboard
music here

review KL GANGSTER
Jumaat, Jun 10, 2011 | 1 comments
Assalamualaikum semua..
selamat berjumaat ya..
semua sihat? diharapkan semua sihat la ya..
cerita arini ialah tentang movie terbaru hasil karya daripada shamsul yusuf..

KL GANGSTER..

setelah menontonnya semalam...
waa....hebatkan.. cerita tu baru keluar panggung aku dan geng aku dah pergi tengok.. memang terbaikk lah..
sebenarnya saya tak pandai nak review cerita..
semalam aku dan kawan2 pergi tengok cerita tu sebab dari iklan dia macam syookkk je kan..
jadi kami pun pergilah menontonnya..
kami lewat 3 minit masuk dalam panggung jadi faham2 sajalh.. cerita dah mula.. ohh sedih..
syook juga cerita tu sebab ada abang long fadil a.k.a zizan, malek a.k.a aaron aziz, jai a.k.a adi putra, shark a.k.a shamsul yusuf.. dan ramai lagilah..
even cerita nie perihal gangster dan mungkin akan merosakkan pemikiran anak muda.. pada aku tak lah sebab cerita tu ada unsur2 kekeluargaan,persahabatan dan aku menonton cerita tu dari segi positif.
dari segi negatif mungkin cerita tu terlalu ganas sebab banyak adegan bergaduh dan bahasa2 yang agak kasar.. #eh,ni kan cerita gangster.haruslah ada gaduh2.ni bukan cerita masak2.apalah#

cerita ni wa salute lah sebab tak da cerita cinta. yang ada hanya cerita pasal persahabatan dalam kumpulan dragon dan kumpulan king. masa dalam panggung tu wa boleh feeling masa abang long fadil kena rodok dengan shark sebab abg long fadil cuba selamatkan mak malek dari diapa2kan oleh shark. tragis wa cakap lu.. memang sedih lah..
bila part jai dan malek gaduh tu pun sangat tragis sebab adik beradik gaduh sebab orang yang bernama shark tu. macam apa je.. at least shark mati. padan muka. wa memang emosi dengan shark tu.
lakonan adi putra,zizan,aaron aziz,sheera iskandar, dan pelakon lain memang superb lah..
sound effect juga best..tengok diaorang gaduh macam real je gaduhnya.. waaa....
wa tengok cerita tu rasa macam wa pun turut gaduh sekali.. hahahahah
apapun..rugi korang tak tengok tau... cepat2 tengok.. aku bagi 10 bintang la wei sebab syokkk..


Sinopsis Filem KL Gangster
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”

 


Label: , , , , , ,



Old things | New things