Follow Dashboard
music here

-ini bukan cerita sedih-
Ahad, Jun 26, 2011 | 2 comments
hari ini ahad. esok isnin. bakal bermula permulaan hidup yang baru. bakal bermula minggu persekolahan yang baru buat aku. minggu yang padat,sendat dan mampat dengan pelbagai aktiviti.
oh sebelum terlupa. minggu depan. ya aku tahu esok sudah masuk minggu yang baru.maka hari-hari yang aku lalui juga akan sunyi tanpa jejaka kacak bernama HISYAM NORDIN. teman terbaik aku ketika di tingkatan enam..teman gaduh..teman gosip...ya dia.
dia bakal melanjutkan pelajaran ke IPTA di kedah. yang tinggal hanya aku dan ecaq.
mesti sunyi tanpa dia. siapa nak ketawa kuat-kuat dalam kelas..oh ya. dia bermulut besar dan suka bercakap tanpa henti dan perutnya besar sebab asyik makan saja.
siapa nak bawa kami jalan-jalan? siapa nak teman kami?
oh..bakal rindu kenangan dengan kau..
lepas ni tak da siapa akan duduk belakang aku di dalam kelas. akan tercari-cari kau hisyam sebab kau sememangnya teman terbaik aku dan ecaq..
oh.tak lupa jugak. siapa nak tolong aku dan ecaq beli makanan kat kantin bila kena berbaris panjang. kau pun tahu kitaorang tak suka berhimpit-himpit macam nasi himpit.
mesti mak eton kat kantin tu rindu kat kau kan.. sebab kau rajin melayan mak eton..
siapa mahu beri idea gila untuk ketawa? kau lah budak kacak. #eh.aku puji kau#
aku ada pesanan untuk kau budak kacak..

kau pergi sana dengan niat mahu menuntut ilmu Allah. jadi tuntut ilmu Allah itu dengan ikhlas tau. aku harap kau buang sikap kau yang suka memandang rendah pada orang lain agar orang lebih menghormati kau..ingat pesan aku..pergi sana buat perangai elok-elok tau...jaga solat.ingat mak bapak kat kampung ni.. ingat kat kawan-kawan tau. kalau ada apa-apa masalah kongsi dengan kami tau.kami ada untuk kau bergosip dan bercerita. belajar betul-betul kat sana. bawa balik diploma tu dengan bangga. kalau ada rezeki kita akan lepak sama-sama nanti..


aku tak mahu menitiskan air mata ketika menulis coretan ini untuk kau..jadi lebih baik aku berhenti dahulu sebelum air mata aku turun membasahi papan kekunci aku ni.. ok
selamat maju jaya buat kamu ya HISYAM NORDIN.

INI KAMI BERSAMA..

INI SI KACAK ITU..


Old things | New things
INI KAMI BERSAMA..

INI SI KACAK ITU..


Old things | New things