-cerita tentang masa lalu-
sihat ka?
maznie? sihat saja..
oh lupa nak bagitahu yang maznie sekarang bergelar pelajar. ya pelajar.
muda lagi kan..hahahaa...
maznie sambung belajar di tingkatan6..
atas dorongan ayah angkatku yang mahu melihat aku menjadi seorang guru atau pensyarah dalam bidang bahasa. ok sila gelak. aku jadi cikgu bm.. hahahaha...
aippp.... debik kang.. tak mustahil la wei...
siap tulis kat diary aku masa first day sekolah. WAKTU BALAS DENDAM!!
tak kisah lah korang nak cakap form6 susah ke,apa ke.. yang penting belajar kan..
even kau belajar kat universiti terhebat kat dunia dan pensyarah yang hebat sekali pun kalau ko tak mahu belajar tetap sama je kan? so,jangan pernah hina form6 even ko tak suka sekali pun..
ok. cerita bermula.
aku dapat classmate baru. first time kot dalam hidup aku dapat classmate chinese girl.. selama ni classmate aku chinese boy.. pengalaman baru buat aku. dari segi pelajaran. alhamdulilah. even dulu aku pelajar sains tulen dan sekarang tercampak ke dunia sastera,tak ada banyak beza pun. aku still boleh faham pengajian perniagaan walau aku tak ambik ekonomi atau perdagangan masa tingkatan 4 dan 5 dulu..
aku tahu korang mesti nak cakap yang "ala,awal2 je tu. tak lama lagi ngeluh susah lah,itu lah. dah tahu sangat".. hello... tolong lah jangan berfikiran ortodoks sangat.. macam kau hebat saja.
manusia boleh berubah la kawan.
ya aku tahu semua tu sebab aku sendiri dengar yang mereka berkata demikian.
manusia. yang sememangnya tak pernah puas dengan kejayaan orang lain. yang tahu hanya menjatuhkan. tak tahu sampai bila bangsa melayu nak maju dengan sikap segelintir manusia yang punya PhD terbaik nie..
ok. tinggalkan semua tu di belakang sebab semua itu akan aku telan meski payah sebab aku punya penyokong yang sangat setia dan sentiasa berada di belakang aku dalam susah dan senang.
cerita kedua.
classmate terbaru aku bernama hisyam bakal meninggalkan kelas selama 3 bulan sebab dia akan menjalani latihan khidmat negara. lama kot.. bakal rindu ko lah syam.. classmate yang otak masuk air.
pada siapa yang mengikuti belog picisan aku ni mesti tahu yang aku juga salah seorang bakal pelatih khidmat negara. tapi malangnya aku takdapat turut serta sebab ada masalah kesihatan yang aku alami dan aku terpaksa terkecuali daripada megikuti latihan itu. aku harap hisyam bergembira disana. aku dan kawan yang lain bakal menziarah hisyam di sana. hahahaha...
cerita ketiga.
dah seminggu aku tangguhkan cerita pasal sambutan hari ibu yang di sambut pada minggu lepas. maaf sangat2 sebab gambarnya masih tak cukup dan banyak tak ada pada aku. almaklumlah aku tak punya kamera waktu tu.harapkan telefon sayang aku ni jela. yang banyak berjasa. jadi bila aku sudah punya
gambar yang banyak aku akan bagi korang tengok ok..
cerita keempat.
sepupu aku yang bernama hamidi bakal mengikat tali pertunangan kali kedua di kuala lumpur pada hari esok. aku doakan agar midi kekal jodohnya bersama dengan orang yang kau cinta. semoga semuanya selamat. aku tak menghadirkan diri kerana pada hari isnin nanti aku akan ke muar untuk lapor diri.
maaf sangat ya di. ko nikah aku mesti datang.insyaAllah...
cerita kelima.
aku dah mengantuk dan mahu tidur dengan segera.
#akunakpergisiniboleh?#