Follow Dashboard
music here

-tolong bukak mulut besaq2-
Jumaat, April 29, 2011 | 0 comments
hye uols.... buat apa tu malam cuti nie? amboi2... masing sibuk cuti kan.. aku punnnnnnnn...tak kecoh pun... hahaahah
arini sangat penat sebab aku kena pergi hospital ambik result blood test..
arini jugak aku rasa sangat tak paham orang cakap. #salahakuke#

mari aku ceritakan kat korang..
aku ada temujanji dengan doktor pukul 3..dah janji pukul 3 takkan ko nak datang pukul 5 kannn... agak2 la wei..poliklinik tu sangat bersistematik.itu aku puji. tapi yang tak bersistematiknya pegawai yang bertugas dekat kaunter tu. apakejadahnya kalau cakap macam dah 18 hari ko tak makan nasi. nasib baik aku seorang yang peka terhadap persekitaran alam semesta,aku nampak tangan dia tunjuk ke arah sana.dengan yakinnya aku ikut arah yang dia tunjuk. aku pun tak sangka yang ada banyak bilik kena masuk sebelum jumpa doktor. aku tunggu le.. hampir 2 jam kot.. no aku tak naik2 jugak. padahal no yang lain sudah. sebelum terlupa,bukan aku saja mangsa pegawai tersebut. tapi ada seorang lelaki cina pun terlibat sama macam aku.
dengan perasaan marah aku tanya lah nurse kat situ,nasib baik nurse comel,terus tak jadi marah.nurse tu cakap aku kena masuk bilik 16 dulu baru boleh jumpa doktor. perasaan aku waktu tu macam nak gigit je pegawai kat kaunter tu.
bukan tu je,aku pulak kena marah dengan nurse kat dalam bilik 16 tu. sebab dia kata dah panggil no aku banyak kali tapi tak datang2.  bukan salah aku la wei. nasib baik nurse tu tolong aku jumpa doktor arini jugak walau pukul 5.30 petang. terima kasih nurse comel dan mak cik nurse.. anda sangat prihatin dan tidak seperti pegawai kauter tersebut.
alhamdulilah,keputusan yang dikeluarkan sangat positif. bermakna kandungan gula dalam darah aku stabil. tapi doktor tak berpuas hati jugak. maka minggu depan aku kena buat ujian darah sekali lagi..lepas 2 minggu baru tahu keputusannya..
ok..ni saja yang berlaku petang tadi..

p/s: perhatian pada yang berada di kaunter atau yang bekerja di bahagian hadapan tolong layan pelanggan anda dengan senyuman dan mesra. kalau kalian senyum,maka yang datang akan berasa tenang dan rasa di hormati...








Old things | New things