Follow Dashboard
music here

.permulaan pada sebuah kejayaan.
Rabu, Mac 23, 2011 | 0 comments


Assalammualikum semua. ok fine. mesti nak tahu result aku apa kan? tak mahu bagitahu sebab keputusan aku tidak lah sehebat kamu semua.. harapan masuk matrik pun tipis sekali. tipis. bukan tak punya harapan.

sumpah.waktu aku terima keputusan tu,aku redha. aku masih tersenyum, tapi bila tiba2 telefon aku berbunyi dan kak long aku yang telefon rupanya. that time rasa macam "oh! kak long orang pertama yang tahu keputusan aku." lepas tu aku angkat call dia. 

kak long: macam ne keputusan kau?
aku: ******* macam tu lah keputusan aku.
kak long: terbaik. tahniah. 
aku: terbaik. ada D la wei. (aku dah start nangis)
kak long: dah2. tak mahu nanges. ini baru permulaan.
aku: *just cry*

macam tu lah lebih kurang masa kak long aku telefon aku. waktu tu kat depan aku ada cikgu,budak sekolah ni dan aku nangis tanpa fikir apa diaorang akan fikir. biaq pi depa lah.

tahu kenapa aku nangis? aku nangis sebab aku rasa macam aku dah hampakan harapan kak long aku. korang tahu,masa nak periksa spm nie. lagi seminggu sebelum periksa,aku dengan kak long pergi bandar sebab kak long suruh aku buat semua latihan. dia bersungguh-sungguh. ingat lagi,kitaorang tidur sampai lewat malam sebab dia stayback utuk siapkan dia punya kerja dan aku kena study. waktu tu aku sangat hargai semua tu. sampai aku periksa,aku still ingat apa yang dia cakap pada aku.

ada perkara yang aku nak cakap pada kau long
"aku sayang kau sangat. dulu waktu PMR kau orang yang pertama tahu keputusan tu. kau ketawa bila keputusan aku terbaik. sekarang SPM. kau juga orang pertama yang tahu keputusan aku. aku sangat hargai semuanya long. TERIMA KASIH sebab kau ada waktu aku susah dan senang.. aku sayang kau lebih lah. kau tahu bila orang tanya aku nak jadi apa. aku cakap aku nak jadi macam kau. sebab kau hebat. thanks tau sebab kau pujuk mak, abah dan buat aku kurang rasa bersalah. aku hargai semua tu long. even aku tahu,kau target aku lebih dari tu. terima kasih walau aku tahu kau kecewa dengan keputusan aku.aku tahu. esok kita jumpa ya."

walau macam mana sekalipun, aku bersyukur sebab aku dikurniakan dengan keluarga yang terbaik. 

lepas tu abg rasidi call aku tanya pasal keputusan.. dia abang terbaik bagi aku sebab dia selalu buat aku ketawa.. terima kasih abang.. abang,selalu beri adik semangat kan. terima kasih sebab buat adik tersenyum. masa abang telefon adik,abang ada tanya adik nangis ke. adik cakap tak kan,sedangkan waktu tu air mata adik dah mencurah2. adik tak mahu abang tahu adik nangis. abang pesan suruh balik rumah dulu jumpa dengan mak walau apa pun kan. terima kasih abang. sayang abang lebih lah.

aku punya abang wan dan abang shah yang terbaik.. even abang wan dok bising mulutnya pasal keputusan aku,tapi dia abang terbaik buat aku. aku tak kisah even abang wan marah sebab lepas tu dia beri perangsang untuk aku terima dengan hati terbuka. terima kasih abang. abang wan,hadiah adik tetap bagi ya.. love u lah..hahaha... abang shah,maaf sebab adik ganggu abang tidur pagi tadi. adik cuma nak bagitahu abang keputusan adik. itu saja. maaf ya. terima kasih sebab abang ucap tahniah pada adik even dalam mamai..hahah..kelakar lah abang nie.. tadi kita baru borak kan..kita gosip. abang pesan adik dengan macam2 pesan sampai adik tulis apa yang abang pesan tadi..hahaha... 

disebabkan abang wan ni wartawan, dia dengan cepat beritahu pada kak wany pasal keputusan aku..
terima kasih kak sebab ucap tahniah pada adik. terima kasih sebab telefon adik disebabkan abang wan cakap adik dah nangis.. mesti akak risau kan..?? abang wan,kamu jahat lah sebab buat kak wany risau..
sis,kamu akak terbaik buat kita. kamu selalu ada bila adik sedih sebab adik selalu ngadu kat akak kan..hahaha.. adik janji lepas ni adik akan buat yang terbaik.. pray for me dear..

apa yang aku nak cakap lepas nie adalah khas untuk mak tok,mak,abah, mak ngah dan semua keluarga aku.
"pertama sekali,along mintak maaf sebab tak buat mak dan abah bangga dengan along. along tahu along dah kecewakan semua. along tahu walaupun semua tak cakap depan along. along mintak maaf sangat. along dah usaha yang terbaik. along bersyukur sebab semua senyum terima keputusan along. along tahu,semua sedih tapi along yang menanggung lagi berat perasaan tu. along minta maaf. mak cakap along dah buat yang terbaik,tapi along tahu mak mesti sedih kan. anak orang lain dapat keputusan terbaik. along tahu. mak,abah sembunyikan saja. along tahu semua tu. along minta maaf. along minta satu je. beri along peluang untuk buat mak abah dan semua untuk buktikan yang along boleh berjaya macam orang lain. mak cakap SPM permulaan hidup kita. jadi berikan along peluang tu mak abah dan semua. izinkan along untuk buktikan bahawa along boleh. izinkan along. cuma doa dan berkat serta redha mak abah dan semua yang along harapkan.. akhir sekali,along minta maaf sangat2.."

ini untuk kawan2 terbaik maznie..
"korang,memang terbaiklah.. lepas nie hidup kita dah berubah. kita dah tak selalu lepak sama2 lagi lepas ni. masing2 kan corak hidup masing2. janji ya korang jangan pernah lupa persahabatan kita.. antara kita berlima(huda,bedah,ecaq,tompel,aku) aku kot yang paling blurr... korang memang terbaik tahu sebab korang kawan yang selalu ada waktu susah senang. even kita selalu gaduh kan.. hahaha.. zaman persekolahan kita adalah kenangan terbaik dalan hidup aku. kalau boleh semua kenangan tu aku rakam.. korang,lepas ni kita jangan pernah pun terpisah ok.. apa2 hal kita tetap macam dulu ok.. aku sayang korang tau..."

khas buat cikgu2 yang banyak berjasa...
"cikgu,maznie mintak maaf sebab maznie tak mampu nak menjadi yang terbaik. maznie mintak halalkan ilmu semua. maznie terhutang budi dengan cikgu sebab telah banyak ajar maznie. sungguh. Tuhan saja yang mampu membalasnya. ilmu yang dicurahkan,maznie akan gunakan untuk kebaikan,InsyaALLAH... cikgu,maznie minta cikgu doakan yang terbaik buat maznie untuk teruskan hidup maznie yang baru bermula. semua jasa cikgu akan maznie kenang.. "

entry ni panjang barangkali... maznie ucap terima kasih sebab tak henti2 sokong maznie.. maznie sayang korang....
^___^




Old things | New things