Follow Dashboard
music here

JANGAN KECEWAKAN ORANG YANG MENCINTAI KAMU
Ahad, Mac 13, 2011 | 2 comments
selamat malam semua.. sedang dalam keluh kesah "menelaah" muka buku aku terjumpa satu artikel yang pada aku patut aku kongsikan pada kalian kerana sedikit ilmu yang kita kongsikan akan memberi kita pahala yang banyak. maaf terlebih dahulu sebab mungkin artikel yang aku kongsikan memberikan kalian tanggapan bahawa aku sedang dilamun cinta. tidak sama sekali. aku sekadar ingin berkongsi. itu sahaja. (!)
daripada aku berleter panjang lebih baik aku beri kalian baca apa yang ingin aku kongsikan...
sini dengar dan hayati dengan sedalamnya.. terlebih dahulu artikel itu bertajuk " JANGAN KECEWAKAN ORANG YANG MENCINTAIMU"


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanyahanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetapmenjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamumerasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lainlagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yangberbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefonuntuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamusendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saatbersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupapernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kaututurkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana diaingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefonuntuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akanmengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapibaginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaranyang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauhdi mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Ataumengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketikakamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukarmana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMSdari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khasdan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang darikehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia takpernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta inginmengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


sudah kalian hayati dan fahami artikel tersebut. faham? bagus. kalian seorang yang hebat dalam penghayatan.. sebelum itu,artikel itu aku ambil dari 

http://www.facebook.com/notes/hari-hari-saya-sayang-awak-hari-hari-saya-tengok-profile-awak/jangan-kecewakan-orang-yang-mencintai-kamu/118296261571438

 kalian boleh pergi ke situ dan membaca dengan penuh perasaan... ^__^
sekian...


p/s: ada cerita yang aku mahu kongsikan.. tolong ingatkan aku ya..







Label:



Old things | New things