Follow Dashboard
music here

ubat yang terbaik buat hati.
Isnin, Februari 21, 2011 | 0 comments


pernah mimpi? semua mesti pernah mimpi kan? erm...
sejak 2 3 hari ni aku asyik bermimpi ngeri saja.. NIGHTMARE..  sadis sangat.. semua ni gara2 result stpm yang keluar pagi tadi.. sepertimana yang korang tahu,kalau stpm sudah keluar maknanya spm pun akak keluar jugak tak lama lagi.. itu yang menjadi igauan aku sejak akhir2 nie.. SUMPAH aku takut. takut sangat pasal result nie..

baik @ buruk result aku tu? gembira ke mak dan abah? macam2 yang aku fikir kan..
sampai satu ketika aku abaikan waktu makan aku,waktu berfoya2 aku. semua aku abaikan.. sampai blog dan fb aku tutup.. aku duduk dalam bilik dan merenung ke atas. berfikir tentang semua. apa aku dah buat yang terbaik masa spm dulu? apa result yang keluar itu terbaik?  bercelaru kepala aku. depan semua orang aku tunjukkan senyuman. hanya seorang yang sedar perubahan aku.. 

Mak sedar perubahan aku.lagi2 lepas tengok berita stpm yang memberangsangkan. mak cakap,apa2 pun yang berlaku terima dengan redha sebab aku dah buat yang terbaik. seharian aku berfikir. orang kata apa guna kau fikir sebab semua dah berlalu. menyesal pun tak guna kan? orang kata kan. tapi mak kata,setiap orang ada liku2 hidup yang sendiri. masa yang menentukan sama ada cepat atau lambat seseorang itu berjaya.. YA ALLAH,terima kasih sebab kurniakan aku mak yang faham aku,mak yang tahu isi hati anaknya. terima kasih YA ALLAH.

sesungguhnya hari ni mood aku tidaklah seceria mana seperti hari2 lain.
ada kawan2 aku yang tanya bila result keluar. aku tak balas kat telefon,diaorang dok jerit2 kat kotak chat kat fb. sampai aku mahu jerit dan cakap "AKU TAK TAHU BILA RESULT SPM KELUAR SEBAB AKU BUKAN MENTERI PELAJARAN." boleh aku cakap macam tu?
erm..maaflah pada korang yang tanya pada aku.. aku tak jawab sebab aku tak tahu.

lagi satu,aku tak suka orang yang arah2 aku untuk buat apa yang aku tak suka nak buat dan aku tak suka orang yang mementingkan diri dan suka mengkecil2kan orang lain. SUMPAH aku tak suka. dan kalau boleh,aku mahu sumpah orang tu jadi sesumpah. boleh? 

baiklah,macam ni. aku maznie seorang yang tak cantik cuma manis saja(tak ada kaitan langsung). gemuk dan tak kurus,seorang budak yang mengidap peyakit hyperhidrosis yang aku rasa pada tahap sederhana. erm.. "kawan2" tidak suka menyentuh ku sebab penyakit tu.mungkin mereka jijik sebab tanganku berlendir2. 5 tahun aku pendam perasaan. perasaan kecik hati,sampai aku fikir,kenapa aku yang terpilih. sampai satu tahap aku benci diri aku sendiri. kenapa aku cakap macam tu? sebab aku tak macam korang semua. aku saja akan basah kat tangan,kaki dan sampai aku malu nak salam dengan orang lain sebab aku takut mereka geli dengan aku. faham? tak sebab korang tak alami nya sendiri. even kawan aku cakap tak kisah,tapi aku tahu satu hari mesti dia akan ada perasaan geli tu. kan? kan?

baiklah..
malam yang penat sebab aku penat berfikir pasal akan datang.
emosi yang tak stabil.
maaf....


Old things | New things