Follow Dashboard
music here

kepagian yang indah dan doa cinta....
Isnin, Februari 21, 2011 | 2 comments
Assalammualaikum semua.. dan selamat pagi...
sangat mengejutkan arini sebab arini maznie menaip pada waktu pagi.. terkejut tak? mau tahu kenapa? sebab maznie bangun awal sebab ada orang di rumah maznie.aku dah siap kemas semua termasuk lah buat sarapan pagi untuk mereka.. hebat tak? miahahaha... dah siap semua tak tahu nak buat apa lagi. jadi ambik lappy dan menaip lah.. jadi jangan terkejut sebab aku update awal pagi ni. dalam sejarah kot.. aku rasa lappy aku pun terkejut sebab pagi2 dah sentuh dia..miahahaha... sweet tak?? ^^ maaf ya sebab aku perasan sudah.. 
=.="

korang,since semalam aku ada baca satu artikel yang bertajuk "DOA CINTA".. artikel ni aku baca di muka buku.. aku ambik di http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150103646789757&id=100000448716210     korang boleh klik kat situ untuk membaca.. kejap2 aku sediakan khas untuk korang ya..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…










Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…



Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin


sudah bah kau baca? amalkan doa tu agar kau dapat jodoh yang terbaik untuk kau.. maaf lah.. aku memang seorang pelajar,tapi tak salah aku share ilmu dengan korang kan? jadi jangan cop aku sebagai "apa2" ya. aku cuma mahu berkongsi..

lagi satu doa tu boleh diamalkan oleh semua orang. walaupun dia tak punya pasangan pada ketika ini.. jadi amalkan ya..

baiklah,aku mahu lepak2 tengok tv ni.. enjoy your day..
dan tolong ingatkan aku untuk cerita pasal bday gegirl yang semalam aku hadir partynya.. ok..

^________^

Label: , ,



Old things | New things