Follow Dashboard
music here

terlanjur cinta...
Selasa, Januari 25, 2011 | 0 comments

...
sepi.sedih.kecewa.perasan.benci.suka.cinta.
apa tu semua?? makanan kah?? maznie sudah mula pergi jauh dari landasan hatinya sebab akalnya merawang hingga ke pusat bumi dan petala langit yang ke 7..sbb aku mahu pergi jauh dari dia. pergi jauh dari terus ingatkan dia.pergi jauh dari terus mengharap pada yang tak sudi dan yang tak pasti. arrrrggghhhh.. sudah2. cukup sampai situ saja..
pagi tadi aku bangun dengan senyuman. melihat ciptaan Tuhan yang indah di pagi hari.. ya.aku mengharap sesuatu yang baik pada hari ini.. mengharap sesuatu yang bisa buat hati aku senyum.. ya..kawan ku pesan,jangan terlalu berharap,kelak kau yang sakit.. abaikan saja itu semua..aku letak pesan itu jauh2 dalam pusat bumi.. aku cakap,tak salah kalau berharap bukan?? hahaha[aku gelak] 
urusan rumah aku buat dengan cepat meski mata sangat mengantuk dan penat sebab semalam aku duduk menghadap komputer riba ini sehingga lewat malam kerana mahu menatap wajah manis itu.. usai sudah pekerjaan ku,aku ambil komputer riba ku dan membuka muka buku untuk menatap wajah itu.. terdetik hati ini untuk menambah rakan sebagai kawan kepada kekasih si MR.A.. sungguh tangan aku ni tak reti bahasa. maka aku telah menambah si MRS.A  dalam senarai rakanku. tak lama selepas itu dia mengesahkan dan aku menjadi rakannya di muka buku. ku lihat gambarnya.. ''cantik ciptaan Allah ini.. wajahnya putih,gebu dan menawan.. berbanding aku yang erm.... susah untuk tafsirkan..'' fikiran ku tidak menafikan pilihan MR.A untuk memilih MRS.A sebagai ratu dalam hidupnya sebab MRS.A sangat sempurna..sungguh sempurna di mataku.. 
ermm..
berfikir dengan akal yang waras..menjadi sahabat lebih baik dari kekasih bukan..ya. itu selayaknya dia padaku..SAHABAT. besar ertinya.. melupakan saja dia. pergi jauh2 dari dia. abaikan segala pasal dia. dia tidak akan merasai kehilangan aku sebab dia tak pernah menyedari kehadiran aku. hahaha[aku masih ketawa]..
sumpah,tangan aku menggigil ketika menaip coretan ini.. bukan aku seorang penghidap pangkison tapi aku memang begini.. dalam keadaan emosi yang tidak stabil,aku hanya akan mengigil dan rasa sedih ini hanya diluahkan dengan air mata yang mengalir dipipi aku..aku cuba mengawal segala perasaan ini,dan cuba menghalang rasa sedih ini.. arhhh. mata ini tidak membantu aku. manik2 kecil turun lembab dipipi aku dan aku membiarkan saja. manik2 kecil ini akan bawa pergi segala duka aku.. tatkala aku membaca coretan aku yang lepas mengenai kegilaan aku pasal MR.A aku mampu gelak dan mentertawakn diri sendiri. gila. ya aku memang gila. gila sebab aku meminati orang yang tidak pantas buat diri aku. perasan.ya aku memang perasan.sebab aku tidak sedar diri. boleh aku menjerit? menjerit melihat kemesraan mereka. ''aku seorang yang kejam'' ya aku seorang yang kejam. kejam sebab menyakiti hati aku sendiri. 
hati,maafkan aku sebab menyakiti kau. aku tak bermaksud begitu. hati,aku mahu kegembiraan dahulu. kegembiraan aku tanpa dia wujud dihati aku. hati,maafkan aku sebab aku meletakkan orang yang salah dalam dirimu. hati,aku tak kuat. aku orangnya lemah..


mungkin aku sudah patut berhenti berharap..



ya.ini cerita aku,kau dan dia.


bersedih dan menyendiri di dalam bilik sendirian.
menangis.
s e n y um. .

jika kita sayangkan seseorang,biarkan saja dia pergi mencari kebahagiaan diri nya sendiri. sebab pada aku,bahagianya diri dia,maka aku juga akn bahagia sama. bukankah seorang sahabat itu selalu mendoakan sahabatnya yang lain?? jadi doa aku buat kau,semoga kau sentiasa bahagia bersama dengannya. sila abaikan aku ya.. sebab aku tak sanggup menyeksa hati ini.. sebab aku terlalu sayangkan kau..
^.^[aku bakal merindui senyuman ini di muka buku aku] comel bukan senyuman ini ^_^ kamu secomel senyuman ini sahabat.. 


maafkan aku sebab aku terlanjur mencintai kamu MR.A...
sungguh aku memohon maaf sebab meletakkan kamu di hati aku tanpa izin dari kamu..





Label:



Old things | New things