Follow Dashboard
music here

tatkala hujan berhenti....
Isnin, Januari 31, 2011 | 0 comments
selamat malam korang semua. alhamdulilah. segala puji2an untuk Allah sebab hujan sudah berhenti lepas maghrib tadi. terima kasih ya Allah sebab hujan sudah berhenti. sumpah. aku gembira. terima kasih ya Allah. moga air berlalu terus dan tak naik lagi. kawan aku kat lenga semua dah pindah sebab air dah paras bahaya. semua keluarga aku yang jauh dok telefon tanya khabar kat sini lepas tengok berita. risau barangkali.huda,mieza,izzah dan ramai lagi dah pindah ke tempat yang selamat. mereka dalam keadaan berjaga sekarang nie. sumpah aku takut keadaan mereka. miza cakap doakan dia selamat dan berdoa untuk sabar hadapi ni semua. abang dan akak aku semua telefo tanya khabar. esok e.g dan kawan2 tak dapat balik kelantan sebab jalan nak ke segamat dah terputus dan ktm batalkan perjalanan ke dalam seketika waktu. arif jugak. mungkin mereka balik naik bas ikut k.l.. mungkin. moga selamat ya. aku pun sekarang ni takda mood. erm.kenapa ya? aku dok fikir semua nie. esok sekolah adik aku pun terpaksa cuti sebab dah tak boleh lalu. terima kasih ya pengetua.keadaan sekarang? sangat sejuk sebab angin sangat kuat. moga angin ni bawa rahmat pada kami dengan bawa air bah ni jauh2 dari kami. ya,sebelum aku lupa.. saudara islam kita dimesir sedang diusahakan untuk dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia. moga mereka selamat. korang boleh tengok blog ni jika mahu tahu pasal mereka disana.
http://sherahxoxo.blogspot.com/ ok aku dah start nak menangis ni bila dok fikir pasal banjir dan semua ni. sumpah aku celaru sekarang ni. penat korang tahu. apa khabar mak anjang,mak ngah kat segamat? moga mereka selamat. erm.. betul kata abang adib,dunia makin tua. kiamat makin dekat. bersiap sedia kah kita dengan semua ni?..
....
tak da mood la ni..
doakan aku dah yang lain selamat ya..
T___T








Old things | New things