Follow Dashboard
music here

senyum tanda suka...
Khamis, Januari 27, 2011 | 0 comments
selamat tengah hari semua.. harini hujan macam semalam cuma harini sekejap saja. tadi pagi hujan dan berhenti,aku dengan perasaan berkobar2 pun siap2 lah nak ke kebun. tup tup,hujan pulak turun. mak tok pun dah siap sedia nak ke kebun. alih2 hujan. pedulikan hujan tu, redah saja ke kebun. mak tok dengan kain batik berserta topi di kepala dah pergi seberang. aku? dok tunggu hujan berhenti le konon2. pas kena jerit dengan mak aku,baru sedar aku tak gerak2 dari atas kerusi rumah aku tu. mak aku siap bagi baju hujan,topi suh pakai pergi kebun. aku rock lah. pertama kali pergi kebun pakai baju hujan. dari jauh tengok dah macam apa aku rasa. dah le baju hujan tu besor gedabak. macam mana aku nak buat kerja kan? [alasan tak menahan] akhirnya,aku pergi kerja kat tempat yang terang dan tak semak. dah le gelap langit tu. rasa macam pukul 6.30 pagi waima waktu tu dah pukul 7.30pagi. seram gila. arggh,pedulikan semua tu. nak carik duit kan. kenalah tabah. tapi part yang paling best lah bila pagi tadi aku tak kena gigit dengan nyamuk2 comel tu. sebab sebab aku pakai baju hujan. baju hujan tu kalis nyamuk rupanya. kenapalah masa aku beli dia tak nyatakan? teruk betul. kejap lagi mahu pergi beli lagi baju hujan tu nak bawak tido. hahahaa[gelak saja]
bila operasi dah mula,angsa aku yang kejam tu dok ikut aku. macam apa dah angsa tu. sepak laju2 aku bagi. baru dia jauh dari aku. sebab hujan,tanah jadi lembab dan banyak lopak air. kebun kan memang macam tu bila hujan. dekat 8 kali aku nak terjatuh. TERJATUH ok. belum jatuh lagi. hehehehe[gelak kejam nie].. lepas dah abis keje kat kebun tu aku pun dok bersihkan diri le. mandi2 segala. lepas tu kemas rumah segala. almaklumlah,aku ni SUPERBIBIK bak kata rafael pun.. kira penat jugak lah harini.. lepas tu dok lepak2 depan tv sebab mak kata tak payah masak harini sebab mak mahu masak[tiap2 hari pun mak masak kan]. tiba2 mak panggil....

mak:: long,dah sarap lum?
aku:: belum.kenyang lagi.
mak:: pergi suruh mak tok siap,lepas tu cakap nak ikut tak pergi renchong? nak pergi beli sarap. 
aku: ok. [senyum excited]

lepas dah siap suruh mak tok siap2, aku pun pergi le renchong dengan mak tok. naik moto je. rempit le pagi2 kan. masa tu hujan dah berhenti pun.
nasib baik kat kedai tok lijah tak ramai orang sebab musim hujan kan. tak ramai yang menebeng dekat kedai tu.jadi aku pun pergi le beli nasi lemak 2, lontong telur 3. perghh.. wa cakap lu,lontong dia terbaik. sedap gila. sampai sekarang aku tak makan sebab kenyang lagi. murah gila. rm1.50 saja satu bungkus. lepas dah siap makan pe semua, aku dok menghadap lappy merah aku ni sebab lappy biru aku tu kosong sekarang ni. entah bila nak hantar kedai. aku bukak lah muka buku. tengok2 pe yang patut, reply apa yang patut. muka teruja gila aku tengok apa MR.A buatkan semalam dan harini. Tengok2 dia kena pergi hospital harini sebab kena buat medical check up. dia cuma mintak doakan tak da apa2 jadi pada dia. jadi aku sebagai seorang SAHABAT YANG TIDAK DI ANGGAP SAHABAT hanya mampu mendoakan saja dirinya dari jauh. MOGA AWAK SELAMAT YA MR.A..
sudahlah. mahu mengira keuntungan yang diperolehi pada harini. semoga aku mendapat upah yang lumayan sebab aku mahu belanja kalian ais kepal.. mahu?? doakan aku ya.







siapa tahu dimana ada tempat yang boleh melukis potret?? mahu lukis potret untuk seseorang sebab hari lahirnya tak lama lagi..
tolong khabarkan pada aku.....









Old things | New things