Follow Dashboard
music here

sebab DIA sayang kita
Isnin, Januari 31, 2011 | 0 comments
Assalammualaikum semua. mood sekarang memag rasa tak sedap hati saja ni.hujan tak berhenti2,air sungai makin naik. aku baru dapat info yang kata balai polis bukit kepong dah tenggalam tadi. area2 lenga dah susah nak lalu. kat kampung aku ni ha, air dah melimpah ke jalan. air parit dekat rumah aku tu dah melimpah jugak. sumpah aku sedih tengok jiran2 aku. bertambah aku sedih bila aku telefon mak cik aku kat segamat tanya pasal keadaan disana. mak cik aku menangis. dia kata air makin naik,dah paras dada air kat rumahnya. semua dok tinggal kat tingkat 2 saja. belum diarahkan pindah lagi. mak cik aku menangis bila 2 biji motor tenggelam, kereta sempat letak tempat tinggi. mak tok mulalah tak sedap hati. anak2 selamat. dia kata mugkin kejap lagi depa pindah sebab pasukan penyelamat dah pergi rumah jiran2 yang lain. YA ALLAH selamatkanlah keluarga mak cikku. mak ngah aku kat felda pemanis terputus perhubungan bila jalan masuk utama runtuh. mak ngah aku yang bagitahu. nak keluar pun susah jugak. aku? dok siap2 segala yang penting bagi meghadapi semuanya. mintak2 hujan berhenti dah matahari keluar walau sekejap asalkan air mula berhenti naik. lepas tu, aku dapat call dari kawan aku,dia cerita pasal saudara dia yang kat mesir tu.sumpah aku menangis. pelajar kat mesir sedang hadapi dugaan yang amat besar. aku yang tak da kait mengait pun rasa sedih dengan dugaan mereka apatah lagi mak pak depa kan? aku da terbuka muka buku tadi. pages selamatkan pelajar malaysia dan rakyat Malaysia di mesir korang boleh klik kat situ untuk dapatkan cerita sebenar. semua dok risau sekarang ni. akak dan abg2 kita dok sana nak tuntut ilmu Allah. moga depa selamat hendaknya dan semoga Allah lindungi mereka. tabahkan hati mereka untuk sabar dengan dugaan ini.tabahkan lah hati rakyat MAlaysia yang bakal berdepan dengan bah ni. tenangkanlah hati ibu bapa mereka yang khuatirkan keselamatan anak2 mereka di mesir. hanya doa yang mampu aku berikan.
nia ada gambaran keadaan rakyat MAlaysia di Mesir sana.






samalah kita mendoakan mereka selamat disana ya..korang jugak boleh klik kat blog abg arif..
dan kat sini jugak.http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/










Label:



Old things | New things