Follow Dashboard
music here

MAK,MAK TOK,MAK TE
Khamis, Januari 13, 2011 | 2 comments
http://sudirman1809.blogspot.com/

Tiba2 terkejut kan ada header encek sudriman pulak kat blog maznie... hahahah.. sebenarnya maznie mahu menyertai aktiviti yang dilakukan oleh encek sudirman di blog dia sebab sesuai sangat dengan status maznie sebagai seorang anak..semua orang pun sesuai sebab semua orang ada ibu..ok.

APA NAK BUAT UNTUK DAPAT SUMBANGAN NI?

PERTAMA
emm..senang je..korang kan suka update blog..apa yang korang kena buat ialah buat satu entri mengenai Ibu anda.Dalam entri itu masukkan sekali link blog http://sudirman1809.blogspot.com/ dan juga header blog ini lalu mulalah ceritakan apa story tentang wanita itu kepada family dan khasnya diri anda.Imbau kembali kenangan anda dulu2 kala.korang mau cerita pasal hal mengembirakan kah, menyedihkan kah terserah ye..itu blog korang dan korang ada hak untuk menaip apa saja....Cerita itu korang boleh sertakan dengan gambar family tersayang anda tidak kiralah apa pun poss mereka tp kalau tak nak..tak de masalah..tidak juga markah dipotong ye..***gambar family tu tidak semestinya gambar mak ye..gambar adik beradik pun ble..tapi INGAT..tak nak letak pun tak pe..itu kreativiti korang ...hahahaha..daripada kita merapu membuat bermacam-macam entri ada baiknya kita buat satu entri mengenai ibu dan semoga ia dapat menjadi iktibar dan suntikan motivasi kepada semua pembaca lain...(bila baca balik ayat ni ada ala2 indon pula...hahahha...)

KEDUA
Dalam entri itu anda harus ceritakan juga kenapa anda sayang sangat mak anda dan apa impian or azam anda untuk masa2 tua nya nnt dan apa hal paling nakal yang telah anda buat sehingga mak anda sedih bangat...
KETIGA
selepas buat semua tu sila letakkan link post entri tu diruangan komen entri ini....tarikh tutup adalah pada 30 Januari ni. atas sebab2 tertentu yang tak dapat dielakkan setelah 2 hari entri ini siap man nak awalkan tarikh tutup entri ni ke 21 Januari (Jumaat)......Semoga berjaya..(muktamad)


dah baca apa syarat2 nya?? sudah? alhamdulilah maknanya korang lulus dalam ujian membaca..miahahaha.... lawak je... mari maznie ceritakan pasal mak maznie ok.. tapi sebelum tu cekdaut gambar2 kat bawah ni.. semuanya gambar family maznie.tapi ni baru sikit... sebenarnya nak letak banyak lagi tapi nanti encek sudirman kata maznie nak masuk pertandingan bergambar pulak...
ok..mari cekdaut..













AKU ADA 3 MAK...

kat atas tu semua gambar family aku.. gambar terakhir tu pulak gambar mak-mak aku..jadi korang kenal lah sama mak2 aku kan?? pelikkan mcm mana aku boleh ada 3 mak?? sebenarnya tak lah pelik sebab mak kandung aku ada seorang saja.. encek sudirman marah tak?? tak kan?? encek sudirman baik..hahaha...

MAK
kalau korang tengok gambar kat atas tu,ada aku letakkan perkataan MAK kan? itu adalah mak kandung aku... nama beliau adalah PUAN FADILAH BINTI MUHAMMAD. mak lah yang lahirkan maznie ke dunia ni.. lahirkan maznie dengan payah sebab maznie ni adalah bayi yang tak reti sabar. jadi maznie tergesa2 nak keluar dari perut mak sebab nak menaipblog melihat dunia ciptaan Allah nie.. dengan keadaan tidak cukup bulan maznie pun lahirlah kedunia nie... dalam 8 bulan kot maznie dah lahir.. (tak reti sabar kan??) mak kena buat operation. doktor kata mak cuma boleh melahirkan 3 kali saja sebab tu lah aku ada 3 beradik saja.. tapi sekarang dah maju. yang operation boleh dapat anak ramai.. dolu2kan, aku ni budaknya naif sangat.. suci saja mukanya.. aku pun tanya mak aku..
"mak,kenapa myra(sppu aku) ada ramai adik? kenapa along ada 2 saja adik?"
mak jawab"syukurlah along ada adik..abg long(sepupu aku jugak) tu lagilah dia sorang saja.tak ada adik."
"mak nak adik lain boleh tak? along tak nak ecah(adik aku yang kecil) sorang.dia tak ada kawan nanti."
mak cakap" tak boleh long. along boleh ada adik 2 orang je sebab mak dah kena ikat. tak boleh nak bagi adik lagi.."
aku"?????"
abah: pergi masuk tidur.. merapu kang kejap lagi.
suci kan aku waktu tu?? hahaha... sekarang aku faham kenapa aku ada adik 2 orang saja..korang faham apa yang aku cuba sampaikan tidak? mak seorang yang sangat sempoi.. aku sayang sangat kat mak aku. sebab mak aku dapat tengok dunia.. mak aku sangat2 faham aku walaupun kadang2 aku ni kepala angin.. suka hati nak buat apa saja.. mak aku ni seorang dj korang tau tak? blurr?? terkejut aku cakap mak aku dj? hahaha.. pagi2 mak aku akan bersiar sehinggalah kitaorang tidur.. mana tidaknya.. dolu2 masa kecik mak dah kejut bangun sebab nak siap pergi kebun.. mak aku menoreh. aku nanti tunggu kat tepi moto sampai tertidur2. bayangkan tak ada sekor nyamuk pun sebab mak wat unggun dan pasang ubat nyamuk.. bila part adik no2 aku,kitaorang dijaga oleh mak bong aku sampailah adik aku yang ke3 dan kami bersekolah.. mak akan bercakap suruh mandilah,itulah inilah.. dan part paling best bila petang mak bagi keluar main dengan anak jiran. waktu tu aku taiko lah sebab aku yang paling tua. aku lah ketua mereka.miahahaha... basikal.. itu kenderaan utama. meronda rumah beb..sampai mak bising... dasat bila mak aku jerit.. tapi mak aku memang superb lah... aku sayang sangat mak aku. mak aku susah lahirkan aku. mak cakap paling mak tak sanggup bila tengok aku tinggal dalam inkubator tu. dahlah kecik je. berat pun cuma 2.05KG saja. mak cakap aku besar tamos air tu saja. kecik gila kan? sekarang mak datuk beso jangan cakap.lebih beso dari mak oiii.... sebab tu lah aku sayang mak aku dan aku tak mau buat mak nangis lagi. cukuplah dengan tagisan mak ketika melahirkan aku dengan susah payah..

MAK TOK
MAK TOK ni sebenarnya nenek aku..nama penuh HADIJAH BINTIN SARIN. tapi aku jugak dibesarkan oleh mak tok sebab rumah kami sebelah.. mak tok sangat best sebab mak tok selalu bagi aku duit bila aku mintak.,hahahha.. aku bukan materialistik ya.. aku antara cucu kesyangan mak tok sebab aku yang paling rapat sekali dengan mak tok. sebab tu mak tok tak kisah berhabis duit kalau untuk aku gunakan untuk pelajaran aku. tak semua dalam family aku panggil mak tok dengan paggilan mak tok. sepupu aku ada yang panggil mak nan. sebab kat kampung orang panggil hj.nan. aku tak tahu kenapa.mungkin ada kisah disebalik nama.. mak tok ni ada anak ramai dan mereka tinggal jauh. masa kecik2 aku lah antara yang tersenarai kalau pergi mana2 sebab mak tok takkan tinggalkan aku.kalau aku kena marah dengah abah atau mak aku akan lari dari rumah dan pergi rumah mak tok. duduk situ sampai mak tok suruh aku balik. mak tok akan cakap2 perkara yang menyedarkan silap aku.. bila dah dapat hidayah aku pun baliklah. bila mak tok sakit atau apa saja,aku antara cucu yang akan ada disisinya.. sebab itu kalau aku pergi kem seminggu orang yang nak sangat jumpa aku adalah mak tok. aku sayang sangat kat mak tok sebab mak tok sempoi. kalau ikut kan bila dah 17 tahun tak dapat duit raya,tapi aku still dapat..see..sayangkan mak tok pada aku? sepupu aku yang lain tak boleh cakap apa2 sebab aku yang jaga mak tok, sakit pening mak tok aku yang ada walaupun bila semua balik aku diketepikan macam tak ada apa2 yang aku buat. aku ingat lagi waktu tu mak tok sakit. demam pada mulanya,aku dan mak bawa mak tok pergi klinik, seminggu lepas tu tak baik jugak. pak lang aku cakap semacam saja pucat mak tok aku ni.. bukan demam kot. dalam hati risau macam apa. mana taknya,meracau2. naik risau semua.. jadi family aku pun bawak mak tok pergi rumah seorang ustaz ni tok berubat. ustaz tu cakap ada 'benda' yang menumpang kat badan nenek aku secara tak sengaja. aku pun cuak lah.apa lagi. semua cakap minta tolong buangkan 'benda'. bila ustaz tu pegang jari mak tok,mak tok jerit2 cakap sakit2. air mata aku waktu tu dah kat tubir mata.tunggu saat nak turun saja nanti. mak tok meronta2 minta dilepaskan. ustaz tu minta tolong pegang kan mak tok sebab mak tok macam kuat sangat. mak,mak jang,mak ngah, mak te dah pegang badan mak tok. kepala mak tok tak da siapa pegang.ustaz tu risau kalau mak tok hempaskan kepala ke lantai. sepupu aku yang lain dok pandang2, aku tak sanggup tengok mak tok macam tu. aku yang pegang kepala mak tok. aku bacakan ayat suci al-Quran agar 'benda' tu keluar dari mak tok. menitik air mata tengok mak tok sakit. bila mak tok jerit secara tak sengaja aku pun jerit jugak kira macam aku tengkinglah. tapi aku lupa yang mak tok masa tu di luar sedar. ustaz tu senyum pada aku. aku tak hirau sapa yang pandang aku waktu tu. pada aku biar mak tok sihat. bila dah selesai semua tu,ustaz tu pun cakap yang 'benda' tu singgah secara tak segaja sebab masa tu nenek aku lemah sebab deman. 'benda' tu dah keluar dari badan mak tok. sumpah waktu tu aku senyum saja sebab mak tok dah sihat. ustaz tu tanya siapa aku? aku cakaplah aku cucu mak tok. ustaz cakap aku ni sayang sangat pada mak tok sebab aku sorang saja yang nangis.. cegeng sangat aku. aku rasa tak sanggup kehilangan mak tok sebab mak tok adalah penyuntik semangat. aku belum bersedia. aku cuma ada mak tok saja sebab aku tak ada atok @ nenek yang lain. bolehkan aku mintak macam tu?


MAK TE
MAK TE ni pula mak cik aku. nama penuh HALIJAH BINTI MUHAMMAD..  anak sulung mak tok. kenapa aku panggil mak te?? sebab boleh dicakap aku dibesarkan dengan makanan yang mak te masak. pergghh..superb wa cakap lu kalau mak te yang masak. kau ado?? non ado kan? tak heranlah kalau badan aku jadi macam ni. bayangkan budak yang hanya berat 2.05KG boleh jadi +++... masyaAllah.. sedap sangat sampai aku boleh jadi macam tu.. mak te jugak jadi tukang masak bila budak kelas aku ada function atau apa2. terutama bbq. diaorang memang ketagih nak makan bbq yang mak te masak. sedap katanya. aku sangat bangga sebab mak te masak sedap. wow.kalah chef zam pada aku lah. mak te ni sempoi. aku cakap macam ni sebab mak te sanggup teman aku pergi dating. adalah dalam 2-3 kali. kalau keluar berdua mesti ada teman kan? jadi mak te lah jadi teman aku. nasib baik ex aku dulu tu orangnya tak kisah. dia pun kenal dengan mak te dan mak te kenal dia. bila aku cakap dah putus mak te macam terkilan sebab mak te cakap dia baik. hadoii.. depan orang dia baiklah. tap banyak skandal. buat apa. jadi mak te faham. mak te cakap cari yang elok.. see. sempoi tak? aku dengan anep pun mak te cakap aku sesuai..oppsss... sesuai ke? dia kata anep lemah lembut,aku ganas. macam tu kata sesuai. kata mak te saling melengkapi.. aku boleh curhat kat mak te. sebab mak te jugaklah semua family aku kenal dak anep.sesungguhnya tanpa mak te mngkin aku down sangat2 masa zaman kejatuhan aku dulu. thanks alot mak te.. sayang mak te..


korang,aku sayang sangat pada mereka ni sebab mereka kekuatan aku. sebab mereka aku kuat,sebab mereka aku kesat air mata,sebab mereka aku harus menjadi yang terbaik. hidup aku adalah sebab mereka. tanpa mereka mungkin maznie sekarang tidak ada. mereka kekuatan maznie sebab mereka segalanya buat maznie. maznie tak sanggup kehilangan mereka meski maznie tahu maznie akan kehilangan mereka sama ada cepat atau lambat. maznie bukanlah anak yang baik. tetapi maznie cuba untuk menjadi anak yang terbaik buat mereka. merekalah tulang belakang maznie selama ini. mereka sumber inspirasi maznie. tanpa mereka maznie terlalu kerdil.. maznie sayang mak,maktok dan makte.. sayang sangat. tolong jaga maznie sampai ada orang yang betul mampu untuk terima maznie sebagaimana kamu terima maznie dan orang itu mampu terima kamu..
terima kasih selama mana kamu membesarkan maznie dengan penuh kasih sayang tanpa pernah merungut dengan kedegilan maznie sebagai anak yang penuh khilaf ini. maafkan maznie ya. maznie bukanlah seorang anak yang mampu untuk tunjukkan kasih sayang dengan kelakuan atau perkataan tapi maznie mampu dengan menulis. maznie tahu mak ada baca setiap coretan maznie dalam diary maznie. maznie tahu bila mak tok sayangkan maznie. mak te tahu bila maznie lapar. kamu semua tahu apa yang maznie mahu tapi maznie. maznie alpha dengan apa yang kamu mahu. akhir kata..maznie sayang kamu....











Old things | New things