Follow Dashboard
music here

laporan terkini.
Isnin, Januari 31, 2011 | 0 comments
sudah pukul 2 petang sekarang. hujan tak berhenti2 lagi. berita melaporkan hujan akan berhenti tengah hari ni tapi itu semua dusta,hujan makin lebat adalah. tak salahkan jugak sebab itu cuma ramalan. mandi tadi dah gaya mandi dengan ais. punya sejuk air tu. tadi lepas mandi aku dok siap2 dan pakai baju tee pbsm zaman sekolah dulu. mak aku cakap aku dah gaya sukarelawan. baju semua dah basah,tak reti kering2 sebab hujan tak berhenti. tadi adik aku yang sekolah pun balik awal. pengetua bagi pelepasan awal sebab takut nanti terkandas dekat sekolah. hati ni berdebar2 takut banir lagi. berhentilah hujan. tadi dengar berita,kata dekat pasir gudang,masai pun banjir jugak. dah banyak pusat penempatan banjir dibuka untuk orang ramai. mak sibuk dok kemas lagi2. memang takkan sudah kalau ikutkan. kalau boleh semua nak diletak atas bumbung tu biar tak kena air. khemah semua dah prepare awal2. kawan aku cakap redha sajalah terima dengan hati terbuka dugaan nie. ada hikmah semua ni. aku nak tunjuk satu gambar yang di ambil oleh orang kampung aku pada pagi tadi.. jap2
ni depan rumah ustaz aku. air dah melimpah ruah dah ni. kalau naik kereta tak boleh rasanya lalu sekarang nie. haya kenderaan berat macam lori boleh. trak askar dok lalu lalang kat depan rumah aku ni dok tolong mangsa banjir. aku jugak mahu beritahu kalau aku tak update apa2 coretan lepas ni bermakna air dah naik rumah aku,mungkin waktu tu aku dok sibuk tolong pindah.jadi aku minta korang doakan keselamatan semua orang. moga2 tiada kehilangan nyawa berlaku.sebenarnya aku takut banjir. sedih bila rumah yang kita sayang masuk air. pada yang pernah alami tahu lah macam mana perasaan aku tu,yang tak tahu korang kena alami baru faham. keluarga aku yang lain sibuk telefon dok tanya khabar kat kampung.depa dok pakat buat solat hajat minta hujan berhenti dan berdoa banjir tak berlaku.moga hujan berhenti. kalau ada apa2,aku update ikut twitter saja ok. fb pun xboleh rasanya. kalau rumah aku naik air,tempat pertama yang naik adalah bilik aku. sebab bilik aku rendah. bilik aku sekarang cuma tinggal lappy dan tilam saja.benda yang paling awal aku kemas,buku2 aku,si domok,bantal kesayangan,tabung si kuning dan novel2 yang tebal2 tu. itu saja harta aku.  oklah,keadaan sekarang sangat sejuk. nak menaip pun rasa macam apa dah.
bye..
Assalammualaikum.








Label: , ,



Old things | New things