Follow Dashboard
music here

JAGA HATI..
Selasa, Januari 25, 2011 | 0 comments
selamat malam semua.. sihat kah anda semua dimalam hari ini? ooo.. sekejap lagi mahu masuk pukul 9 malam. bermakna aku ada janji temu dengan ummu hani malam nie... aku belum gosok baju,belum siapkan apa2 pun.. alamak. kelam kabut jadinya.. ok.. lupakan sekejap.. aku ambil masa sekejap saja untuk menulis coretan ini.. sekejap saja..
tadi aku dok tonton berita kat tv.. masyaAllah.. jenayah makin berleluasa.. kes bunuh bayi,buang bayi macam santapan harian buat kita semua.. kejap dekat sana,kejap dekat sini.. apa nak jadi dengan dunia ni sekarang?? petanda akhir zaman bukan apabila maksiat berlaku berluasa dan hal2 berdosa dianggap remeh.. mintak2 dijauhkan.. kesian aku bila dengar bayi dibunuh dengan kejam.. kenapa buat perkara yang dilarang kalau tak mahu bayi tu dilahirkan?? kenapa? salah diri sendiri,bayi yang tak berdosa tu jadi mangsa akal pendek manusia yang rakus dengan duniawi ni. pernah fikir apa yang bakal berlaku akan datang. maznie tahu maznie cuma seorang manusia yang baru nak kenal erti dunia. baru saja berusia 18 tahun. tak layak berbicara hal ni. tapi maznie ada hak nak cakap yang maznie tak sanggup nak tengok bayi yang masih merah itu menderita. kepuasan apa yang mereka dapat?? itu hal yang sangat panas diperkatakan. belum lagi kita dengar kes rogol,pecah rumah,cabul,bunuh dan macam2 lagilah. meremang tengkuk bila dengar kes2 macam ni terjadi.. salah siapa?? ibu bapa? cikgu? orang ramai? jangan pernah tunding salah sendiri pada orang lain. muhasabah diri. kalau boleh,dekatkan diri pada Allah. minta kita dibimbing ke jalan yang benar. tetapkan hati kita. solat jangan sekali tinggal sebab ia kekuatan kita. bagi remaja macam maznie ni pula,maznie harap korang semua bijak dalam memilih kawan. pilih kawan yang boleh bantu korang tok berjaya dunia akhirat,jangan pilih kawan yang merosakkan masa depan korang semua. maznie turut ingatkan diri maznie juga. berkawan boleh,tapi jangan mudah terpengaruh.. kata2 ibu bapa itu sangat penting dan berguna.ingat ibu bapa tahu yang terbaik buat kita. hindari jenayah ya kawan2.


kita perlu muhasabah diri kita selalu. agar hati tidak terpesong jauh.


jadikan amalan ini untuk menjaga hati kita..





hati kita perlukan penjagaan yang sangat rapi sebab ia ada satu saja..












Old things | New things