Follow Dashboard
music here

it`s about love dear
Jumaat, Januari 28, 2011 | 3 comments
baru saja aku post coretan baru. sekarang aku dah post coretan lagi. dasat betul aku ni.
maaf lah aku tak boleh nak halang diri aku. mana taknya adik comel aku mahu pergi sambung belajar kat mrsm alor gajah tak lama lagi. adik comel yang aku maksudkan adalah adik omel aku lah.. siapa lagi kan??
dia siap buat coretan istimewa untuk kawan2 dia. aku pun termasuk sekali. dear akak terharu sangat dengan coretan omel. omel buat akak nak nangis malam ni. akak pun tak tahu nak cakap apa. omel pergi untuk belajar. untuk jadi seorang yang lebih baik bukan? jadi akak cuma mampu berdoa untuk kamu dear supaya kamu dapat sesuaikan diri kamu.kat sini akak mahu beri beberapa pesanan buat kamu sayang..
"omel sayang.
akak, tak mampu nak beri apa2 pun sebagai tanda penghargaan bila omel dapat 8A dalam PMR aritu,now omel dapat offer sambung belajar sekali lagi akak cuma mampu tersenyum melihat kegembiraan omel. akak tahu omel berbelah bagi mahu terima tawaran tu. omel rasa lagi bertambah berat hati bila aritu rumah omel nyaris dirompak. akak tahu omel anggap itu semua petanda yang tak bagi omel pergi. percayalah,syaitan tu selalu mewujudkan syak prasangka dalam hati kita bila kita buat satu keputusan penting dalam hidup kita sayang. omel anggap itu semua cabarn buat omel bila kena tinggalkan mak ayah omel.akak jugak tahu omel sedih bila omel terpaksa tinggalkan kawan2 omel dan cikgu2 yang omel sayang. akak tahu semua sayang pasal kamu. akak juga tahu omel yang akak kenal orangnya kuat dan tak mudah mengalah macam tu saja.omel pergi sana untuk cari ilmu,jadi guna peluang tu dengan sebaik2nya. jangan buat mama dan ayah omel sedih tau. 
sayang,
meski kita baru saja kenal,tapi akak dah anggap omel macam adik akak sendiri. jadi akak berbangga bila omel dapat offer sambung belajar kat mrsm sana.akak senyum riang bila omel dapat capai apa yang omel hajatkan selama ini.
sayang,
bila kat sana nanti jangan nakal2 ok. belajar betul2. solat jangan lupa. cari kawan yang baik2. tak mahu sombong dengan ilmu yang kita ada,kongsi ilmu itu dengan orang lain tau. makan jangan lupa. jaga diri baik2. jaga akhlak omel kat sana. kalau ada orang buli omel bagitahu akak ya sayang. biar akak marah orang tu,tapi omel jangan buli orang pulak.
sayang,
akak tak mampu nak bagi apa2 pada omel, yang akak mampu cuma mendoakan kejayaan omel kat sana. hanya doa saja yang mampu akak bagi pada omel. akak harap omel mampu untuk jalani semua ini. i know you can do it because you are my girl..
sayang,
waktu akak tulis coretan ni,sumpah akak sedih,sebak dan macam2 lagi lah. jadi,kita sedih sampai sini saja. sekarang nie omel kena senyum ok. senyum untuk menempuh cerita baru dalam hidup omel ya sayang.
ingat akak selalu ya sayang...

kamu seorang yang menawan bila bertudung..

Label: ,



Old things | New things
kamu seorang yang menawan bila bertudung..

Label: ,



Old things | New things