Follow Dashboard
music here

bila mata terpaut,hati terjatuh
Jumaat, Disember 24, 2010 | 0 comments
Assalammualaikum semua... selamat malam ya. 
sedang buat apa tu?? tengok anugerah skrin atau final idola kecil?? mesti bergaduh si mak dan si anak. mana taknya si mak nak tengok anugerah skrin,si anak nak tengok idola kecil.. ambik kau,si bapa yang senyap gelita.. macam family aku la... adik aku yang si domok tu nak tengok idola kecil,mak aku nak tengok anugerah skrin.. nasib baik rumah aku ada 2 tv,jadi mak aku ambik tv depan,adik aku ambik tv dapur.. bapak aku dok baca surat khabar. adik lelaki aku dah keluar dengan geng kompang.. aku dok ngadap lappy ni..

aku tak mahu nak cerita pasal anugerah skrin atau idola kecil ni.. tapi aku nak cerita pasal sumber inspira aku kat dunia belog ni.. kenapa aku boleh jatuh cinta pada dunia maya karin.. aku jatuh cinta pada dunia maya ni sebab ketagihan aku membaca apa yang mereka tulis.. padanlah dengan aku yang suka  membaca.. dulu-dulu aku tak tahu sistem follow me mollow ni.. waktu tu blurr jugak lah.. poning oden bila pikir macam mana oden nak tahu bila mereka semua tulis benda yang baru... jadi si budak gebu pun tolong aku.. dari situ aku tahu.. almaklumlah aku ni buta it dulu.. sekarang ni baru reti.. jadi korang mesti tak sabar-sabar nak tahu sapa idola aku tu kan.. sangat ramai sebab mereka semua ni hebat-hebat orangnya.. jauh beza aku dan mereka sebab aku masih merangkak meraka dah berlari pun.. jauhkan..??
jadi kat bawah nie orang yang jadi sumber inspira aku sejak aku jatuh dalam dunia belog ni..




aku selalu baca belog ni... belog si abang mohd faridzul asyraf bin mat ariffin.. betul kan nama tuan tanah nie?? atau nama glamour joe... betol?? hehhe.. kalau salah maaf ya... sempoi gila belog ni.. dia suka luahkan pendapat dia kat belog dia... sebenarnya dia anak jati kelantan... semangat cintakan negara sangat la mendalam dalam diri beliau walau berada di perantauan... teruja wa cakap lu bila baca pasal pengalaman dia kat oversea... semangat nak berjaya macam dia semakin membuak-buak.. terima kasih lah abang oii sebab kamu aku belajar biology.. tiba-tibakan.. hehehe.. btw,sangat seronok..




sapa tak kenal dengan ben ashaari nie kan..?? kalau tak kenal tak patut kot.. famous de amor dia ni kat dunia belog kat malaysia.. gagah perkasa dia ni..yeke?? fikir jap.. aku suka bila dia cerita pasal ammar dan ryyan.. comel sangat..dan..dan..dan...gebu... tak gitu?? jadi jengah-jengah le belog abg ben nie.. sumpah..korang akan jatuh hati dan tersentap kat situ sekejap.. simple but nice.. i loike u..


belog ni pulak belog kepunyaan cikgu zara.. cikgu kan?? cikgu kimia.. cikgu zara ni cikgu kawan aku.. cikgu zara ajar budak tun sri lanang.. sebenarnya aku tahu pun dia ajar sekolah kawan aku.. best kan ada cikgu kita salah seorang blogger famous de amour..syokk wa cakap lu.. ok2.. pandangan pertama dengan belog cikgu zara ni adalah dia seorang pencinta bahasa.. aku cakap macam tu sebab ayat yang ditaip sangat teliti dan memerlukan kita untuk turut sama beremosi ketika membaca.. suka bah belog ni sebab aku adalah budak yang minat sastera..


belog ni lagi glamour... kalah dato siti nurhaliza kat google. hahaha...  si kakak manis (hanis zalikha) ni sangat sempoi dalam penulisan beliau...comel sangat header nya... dah lah lawa,pandai,semua pakej adalah.. sesuai jadi menantu..tettt..tteeett... hahaha.. maaf kak hanis.. jatuh cinta kat belog ni bila kak hanis cerita pasal familynya yang comel sangat macam aku.. ok..maznie perasan jap... belog nie best lorh kawan-kawan... jemput datang ke belog ni..


ok..sekarang kita pergi pada belog si kacak ni... si kacak aizul marcello ni sangat glamour sebab gambar yang sangat cantik dan lawa.. aku jatuh cinta pada dslr sebabkan beliau ni.. hadoiii... macam mana ni.. aku boleh jadi gian kalau tak tengok belog dia untuk tengok gambar yang very the gempaq.... teruja perasaan kalau tengok gambar yang dia snap.. siap pasang cita-cita nak suruh dia jadi photographer bila aku graduate nanti.. boleh abg aizull?? boleh ya... hahah.. by the way,beliau sangat ramah tamah di fb ya...jom terjah belog si kacak ni..


siapa si comel yang jadi kegilaan aku ni?? jeng-jeng.. inilah miss lolly. comel kan?? i suka u.. belog dia best sangat sebab dia selalu cerita pasal fahrin ahmad dan angan-angan dia...tema belog dia pink colour.. sebab si comel ni lah aku suka pada warna pink.. aku selalu rindu nak dengar pasal angan-angan dia dengan fahrin ahmad.. miss lolly,kamu sangat cute...



si gebu ni nama nya yana... kakak yana.. hehehhe... :D
mahal muncung tu.. kau ada?? tak kan?? suka belog kak yana sebab dia wat belog dia macam diari dia.. selalu hupdate dia punya belog.. aku selalu teruja bila nak baca belog dia.. simple and nice... ramai follower dia.. dia tak sombong pun... simple je.. lagi satu aku suka cara dia memakai hijab.. cun la wa cakap lu.. sekali tengok macam yuna, 2 kali tengok macam aku pun ada.. hahahah.. ok.. tipu je... ni belog yang selalu aku terjah semata-mata nak dengar lagu omputih kat belog dia...

sebenarnya belum abis lagi.. ada lagi sambungannya. mata aku yang mengantuk ni menyebabkan aku terpaksa berhenti dulu disini.. sebenarnya ada banyak lagi belog yang jadi sumber inspira aku kat dunia belog ni... jadi aku harap kalian bisa menunggu untuk yang akan datang... boleh?? sesungguhnya belog mereka yang di atas adalah yang terhebat bagi aku.. superb la.. sesungguhnya belog di bawah ini ibarat pipit jika dibandingkan dengan mereka yang helang dan merak... 


sekian wasalam dan selamat malam...
>_<



Old things | New things