Follow Dashboard
music here

rahsia minyak wangi???
Rabu, Julai 28, 2010 | 0 comments
salam.... hye tuan2 dan puan semua... rindu kat kita? ceh,rindu ye?? bangga nie.. keh2... ok, xmo gelak sangat2.. kita arini nak story tntg minyak wangi... bukan one drop,avon atau apa je yang ada di pasaran,tapi ni nak cite tentang rahsia minyak wangi tu... k..
let`s me story k..
Terdapat enam kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai iaitu :-

BUNGA-BUNGAAN :- Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.( buat minah @ mat jiwang karat tu yew...)


BUAH-BUAHAN :- Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.
sporty gurl maybe good for this..


OCEANIC :- Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.
(jagalah alam sekitar ye..)

HIJAUAN SEMULAJADI :- Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar !(x-tream)


ORIENTAL :- seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.


KAYU-KAYAN :- wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.
(bukan untuk orang yang jenis kayu kayan yew..)

ok...dah tau semua?? ok,korang terdiri dari jenis manusia yang pakai miynyak wangi ke? apa? tak pakai?? astaga.. insaf aku... meh aku beli minyak atar untuk korang,tak pun minyak masak... keh2 melawak plak ptg nie...

k.. nak g tido sbb penat sangat.. ada koko(bukan yang dimakan tu) hehehe.....
bik,tolong urut kaki ku ini... hehehe...
have fun yew....


Old things | New things