Follow Dashboard
music here

untuk perhatian hati
Isnin, Jun 28, 2010 | 0 comments
salam.. hye.. kenapa aku pilih blog nie tok aku luahkan perasaan.. kalau aku pilih facebook,ramai yang tahu nanti.. lau pilih myspace,sikit jer boleh taip.. aku tahu kat sini kawan-kawan aku takkan pun nak ziarah blog aku.. termasuk someone.. biarlah aku panggil dia someone.. aku tak mahu dia terasa aib. bukan niat aku nak malukan dia. aku cuma nak luahkan rasa hati aku yang terpendam dalam hati ini.. aku takut ia akan jadi barah tak lama lagi..
biarlah aku cerita sedikit tentang dia. dia seorang yang comel,baik hati, sentiasa sayang akan adik-adik dia termasuk aku. selama yang aku tahu,aku dan ash adalah adik dia. kat area aku je waima aku tahu dia ada ramai adik angkat yang lain. selama aku dan ash jadi adik dia,kami rapat sangat. kalau aku @ ash punya masalah, dia sentiasa meminjamkan telinga nya pada kami. dia adalah seorang penasihat yang sangat baik. aku hormat akan dia.. dia yang banyak mendorong untuk aku dan ash untuk berjaya seperti dia selain ibu bapa kami dan kawan-kawan kami. aku terlalu rindu saat itu. ketika dia menelefon kami untuk bertanya khabar@ berita tentang kami.. betul kata orang tua-tua,ku sangka panas sampai ke petang,tapi hujan di tengah hari. betul sangat pepatah tu.. hubungan kami menjadi semakin renggang bila wujudnya seorang manusia yang merupakan sahabat aku dan ash telah merampas dia pada kami.. semakin jauh dia dari kami. kalau dulu,dia sering telefon kami,walaupun dia telefon ash selalu,aku tak kisah. tapi sekarang bukan setakat telefon,mesej tanya khabar pun tak ada.. sedih nya hati. kami dapat tahu dia sering mesej dengan "sahabat" kami itu. kalau kami mesej alasan yang dia bagi sibuk. sibuk..sibuk..sibuk.. apa salah aku pada dia? apa salah ash pada dia sampai dia tak kisah pasal kami lagi.. aku cukup terasa dengan dia tadi.. aku chat ngan dia kat fb. aku nak ceritakan tentang masalah yang aku hadapi pada dia,tapi cara layanan dia,hanya Tuhan yang tahu. berbeza dari sebelum ni. agaknya dia tak suka aku chat dengan dia.. aku ni menggangu dia. kalau aku menggau kenapa dia tulis die bosan pada wall dia di myspace?? aku tahu hubungan aku dan dia bakal berakhir dengan satu perpisahan. aku yang bakal mengundur diri. biarlah dia bahagia disamping orang yang dia sayang. aku rasa bahagia bila melihat dirinya bahagia.
semoga dia bahagia dan hidupnya dilindungi. cukuplah aku menyayangi nya dari jauh sahaja. "sahabat" jagalah dia dengan baik seperti mana aku dan ash jaga dia dan sayang dia.


untuk perhatian hati:
maznie@atiq


Old things | New things