Follow Dashboard
music here

Very Big Smile
Rabu, Jun 18, 2014 | 1 comments

VBS..
Very Big Smile.
Awak ingat lagi tentang ni? Perkara yang awak selalu pesan pada saya bila saya sedih. Bila saya sakit.
Awak kata kalau kita senyum..perkara negatif akan pergi jauh.

Saya dah lama tak nampak senyuman awak.
Saya tak dengar suara gembira awk.
Hilang sudah..
Macam mana saya semakin hilang awak.
Jauh., terasa jauh sangat.

Semoga saya dapat awak yg dulu.


Pergi
Isnin, Mei 26, 2014 | 0 comments

Aku akan pergi jauh tanpa pernah kau tahu ke mana tujunya.
Jangan risau aku baik2 saja nanti.
Semoga bahagia awak.


My Prince Frog
Selasa, Mei 20, 2014 | 0 comments


Ini nukilan buat awak...ya awak..

Kehadapan awak..
Mohd Ikhwan Bin Mohd Nasir.

Ini kali pertama orang tulis pasal awak dalam belog orang. Bangga tak? Hahaha.. sepatutnya berbangga ok. Bukan senang nak orang tulis pasal seseorang. Hahaha.

Pertama sekali orang nak cakap terima kasih sebab jadi "manusia kegemaran" orang dari orang Tingkatan 5 sampailah sekarang. Selama itu awak jadi manusia kegemaran orang. Ok. Itu rahsia sebenarnya.

Kedua, terima kasih sebab sentiasa ada waktu orang perlukan seseorang untuk dengar semua tentang apa yang ada dalam hati orang ni. Termasuklah sedih,gembira dan semuanya lah. Terima kasih sebab ada untuk itu.

Ketiga, orang nak cakap awak ni seorang abang yang terlalu melindungi dan sayangkan adiknya ni. Awak selalu pesan kalau ada orang buat tak baik pada orang tumbuk saja orang tu. Sebab orang ada muscle. Sebab orang selalu nak tumbuk awak kan. Bila saya mengadu pada awak saya tak sihat,awak selalu pesan kat saya minum air banyak2. Jangan main panas. Makan ubat. Pernah sekali awak marah orang sebab orang sakit gigi dan tak mahu makan ubat. Awak kata silalah bersakit sakitan. Awak tahu tak bila orang baca whatsapp awak tu,orang menangis sampai tertidur. Sudahlah sakit gigi,kena marah lagi. Sedih awak tau. Tak pernah kena marah dengan awak. Awak kata orang degil. Sebab tu awak kena berkeras sikit. Serius. Orang tak suka awak yang garang. Macam Monster tau tak. =="

Keempat, awak manusia yang sangat lembut hatinya. Kalah orang ni. Awak sayang kawan2 awak. Awak suka haiwan. Awak ada kucing yang gebu. Awak ada bela ikan yang orang nak ambik untuk goreng dan makan. Hahaha.  Hati awak terlalu baik sampai kadangkala awak mengadu dengan orang hati awak disakiti. Awak tahukan yang orang yang baik macam awak akan ada ramai manusia yang dengki. Awak kena keraskan hati awak. Jangan lembut sangat dengan manusia2 sekeliling awak. Sebab orang tak mahu tengok awak sedih,menangis sebab nanti orang akan rasa sedih awak tu. Awak terlalu baik untuk disakiti hatinya. Biar orang nak cakap apa pasal awak asal awak punya Allah yang sentiasa ada untuk awak dan awak ada orang untuk gocoh orang tu. Tauu.. jangan sedih lagi. Orang ada untuk awak tau

Kelima,orang selalu doakan awak berjaya jadi peguam yang bijaksana untuk selesaikan masalah2 yang perlukan awak untuk selesaikan. Awak dah nak tamat belajarkan. Lagi beberapa hari saja awak ada dengan orang kat utara ni. Lepas ni awak akan jauh dari orang. Serius orang rasa bila awak habis belajar nanti dan bekerja awak dah tak ingat kat orang lagi. Mungkin ingat cuma nak dengar orang bebel macam selalu awak tak punya masa. Sedih awak tau. Tak tahu kenapa sedih bila awak nak habis belajar dan jauh dari orang. Ciss...tak macho langsung nak sedih. Hmmm..kalau awak dapat sambung belajar kat luar negara makin jauh lah kita kan.. masa orang tamat belajar orang harap sangat awak datang tengok orang convo. Melampau ke permintaan orang tu? Pertimbangkan tauu permintaan orang ni nanti ya. Kalau masa tu awak dah lupa orang..orang akan ingat apa yang orang tulis kat belog ni..

Seterusnya, nanti kalau awak dah ada teman istimewa awak beritahu orang tau. Orang nak gembira untuk awak. Sebab nanti ada orang jaga awak. Jaga hati awak. Lepas tu orang tak risau dah sebab awak ada yang jaga hati awak. Orang tahu awak dah ada seseorang. Orang tahu walaupun awak tak beritahu. Nanti orang kena cari kawan baru. Tak sama macam awak tapi tak pelah kan. Paling tidak dia nanti baik macam awak. Tak pe kan kalau orang cari kawan baru? Orang tahu nanti awak dah tak boleh selalu ada dengan orang. Kalau orang sakit,orang dah tak boleh nak mengadu dengan awak. Orang takut kalau ada yang cemburu. Orang tak mahu macam tu. Orang kesian kat hati awak yang baik tu. Tauu awak. Janji dengan orang yang awak akan beritahu orang ok. Tak kisah kalau orang jadi yang terakhir tahu asalkan orang tahu. Biar nanti orang tahu waktu tu orang perlu cari kawan baru. Eh..takpe. orang ada ramai kawan. Kalau kahwin tak jemput orang siap awak.. kalau orang tak dapat datang,orang kirim doa saja nanti untuk awak. Aci kan macam tu? Hahaha.

Awak,
Orang tak tahu kenapa awak selalu cakap yang awak jahat. Kalau awak jahat,orang harap awak jadi baik. Biarlah manusia lain kata awak jahat. Pada orang awak manusia terbaik pernah orang ada. Jangan pernah berhenti jadi manusia baik ya awak. Orang tak suka bila awak cakap awak jahat. Tauu awak.

Awak,
Terima kasih sebab jadi kawan orang. Terima kasih.
Semoga awak berjaya dalam segenap lapangan yang awak lakukan. Semoga Allah merahmati dan melindungi awak sentiasa. Fi hifzillah. Semoga Allah menjaga awak untuk saya. ^_^
My Prince Frog.

Yang comel + baik hati,
Maznie ^_^



Old things